Open Semula Blog & Cornflakes Pedas Berkacang Jajan Kegemaran Seisi Rumah
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi minggu untuk semuanya.
Alhamdulillah hari ni dah start buka blog untuk public semula selepas dua tiga hari holiday sebab ada masaalah kemaskini dari pencuri gambar haha, memang meletihkan untuk buat watermark lagi sekali yang besar gabak tu tapi apa nak buat sabo je lah,
Hari ni kaknoor nak kongsikan menu jajan je yang jadi kegemaran anak-anak.
Kalau buat sekotak memang cepat je habis, selagi tak habis memang dok ulang makan.
Dah habis baru lah berenti hahaha, kalau dulu time raya je dapat makan ni, sekarang time hari biasa diaorang minta jugak benda sedap ni, senang sangat pun nak buat, jadi layan saja lah...
Bahan nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang.
Cara nya
1. Panaskan planta atau butter dalam kuali yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi, masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak, kak Noor tak masukan garam sebab benda-benda sampingan tu dah masin , elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti , masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup
2. Masukan cornflakes, bilis, bijan dan gaul rata biar sebati,
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil-kecil tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak-agak 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh-jatuh senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..
JANGAN terkejut watermark GERGASI kali ni dari ujung dunia ke ujung dunia lepas ni kalau ada lagi yang nak amik gambar yang tak seberapa tak tau lah nak cakap apa lagi..
Memang sedap cornflakes ni bukan saja budak-budak yang suka, orang tua pun suka jugak sambil ngopi ke, tengok tv ke semua jadi dengan cornflakes ni..
Open Semula Blog & Cornflakes Pedas Berkacang Jajan Kegemaran Seisi Rumah
Reviewed by Unknown
on
November 23, 2014
Rating:
Mmm kalau ada jajan cenggini mesti makan tak hengatnya kak noor kan... patut la akak xde n3 sari dua ni... sabo aje la kak kan...
ReplyDeletetidak syak lagi cheqsu mmg tak hengat kalau makan ni, tup tup licin je, mmg menyepi dua tiga hari ni cheqsu coz masaalah penyamun hehee
ReplyDeleteKak noor patut la nk mengomen pon tak boleh...mmg manusia jenis tak bertanggungjwb tu..
ReplyDeletenak snang cara mudah cheqda, tanpa susah payah dan penat lelah ambik gambar, cut sana sini crop sana sini dah dapat resepi, sangat tak bertanggungjawab itu lah yg buat kaknor frust tak on blog dan tutup dua tiga hari.
Delete