Kek Ombre Untuk Birthday Nabilah Nun Jauh Di Seberang



ASSALAMUALAIKUM adik-adik bloggers semoga sihat sejahtera ya!!!
HARI ni 11.11.2014 ada lah ulangtahun hari kelahiran anakanda kaknoor NABILAH yang berada jauhh nunnn di seberang lautan, sungguhpun anakanda tiada disisi kek harijadi nya tetap ada menanti, walaupun Nabilah tak dapat nak makan kek Ombre yang baru pertama kali nya kaknoor mencuba buat ni, INsya Allah diBrunei ni masih ada yang boleh menghabiskan nya, sabar dulu ya, kalau umur panjang masa cuti summer 2015 Insya Allah mama akan buat lagi...



BIASA lah pertama kali mengombre kek ni memang lah ada cacat dan cela nya, insya ALLAH praktis make perfect kan, kek ni sebenarnya akak intai dari blog MASAM MANIS asalnya dari rainbow cake tapi akak ombre kan je, thanks bnyak Ita ya akak letakkan resepi Ita kat sini jugak untuk rujukan anak-anak nanti.



RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..






Macam comot je kek ni kan, tapi alhamdulillah rasa nya tetap mantop..




Ombre yang entah apa-apa hahaa..



MAMA & BAPA doa kan supaya Nabilah sukses selalu didalam pelajaran, didalam rahmat ALLAH walau dimana saja berada supaya pulang nanti dengan KEJAYAAN CEMERLANG UNTUK MEMBANGUN UMMAH INSYA ALLAH.


Nabilah sekarang ni sedang belajar di University Of Bath United Kingdom dalam tahun 2, semoga ALLAH permudahkan urusan pembelajaran anakanda Nabilah ya
AAMEEN YA ROBBAL 
Kek Ombre Untuk Birthday Nabilah Nun Jauh Di Seberang Kek Ombre Untuk Birthday Nabilah Nun Jauh Di Seberang Reviewed by Unknown on November 11, 2014 Rating: 5

4 comments

  1. Untuk saya yang jauh di seberang ni tak de ke?

    InsyaAllah moga Nabilah kembali ke pangkuan dengan kejayaan yang membanggakan kak Noor seluruhnya. Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi2 lah sweetie dgn nabilah ya makan kek ni sbb orang seberang jugak kan heheee

      Delete