Nasi Goreng Gulung Idea Untuk Menarik Minat Anak-Anak Makan



ASSALAMULAAIKUM
Selamat malam semua nya, disini dah magrib waktu ni sedang nunggu isyak ni.
Hari ni saja nak kongsikan cara untuk menarik anak-anak untuk makan dengan nasi goreng gulung ni, buatlah nasi goreng kegemaran anak-anak kita masing-masing kan, lepas tu gulunglah mesti diaorang suka dengan cara ni, kalau tak suka sayur boleh jugak tak letak, tapi kalau kat umah kaknoor anak-anak semua suka sayur, mesti nak letak sayur merah, hijau, kuning kalau ada lah, disini kaknoor guna sayur kacang panjang, karet dan sedikit isi ayam.






BAHAN TELUR DADAR
3 biji kuning telur
1 biji telur
3 sudu besar susu segar
serbuk perasa atau garam
sedikit paprika

CARA NYA
Campurkan semua bahan di atas dan kacau, panaskan sedikit minyak didalam kuali tak melekat, masukan telur dengan guna kan api yang perlahan saja, agar tak terlalu hitam di bawah nya.
Dah masak letakkan didalam pinggan dan sedia untuk di gulung bersama nasi goreng.
Jika kita guna lebih telur kuning, telur dadar kita akan lebih cantik dan lebih kuning, tapi kalau sayangkan telur pun tkpe guna telur kuning dan putih macam biasa...



Bukan saja anak-anak yang teringin nak makan, mak anak-anak pun teringin jugak kan kalau nasi goreng macam ni, boleh try untuk bekalan anak-anak ke sekolah ke, picnic ke, selera ditangan sendiri 
Nasi Goreng Gulung Idea Untuk Menarik Minat Anak-Anak Makan Nasi Goreng Gulung Idea Untuk Menarik Minat Anak-Anak Makan Reviewed by Unknown on November 11, 2014 Rating: 5

15 comments

  1. Bukan anak ngan mak je suka... abahnya pun pasti suka.

    ReplyDelete
  2. hahahhaa sweetie family nasi goreng nama nya

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kalau buat macam ni kak...

    ReplyDelete
  4. rahel, mesti semua nya hantu nasik kan macam maktok jugak hihi

    ReplyDelete
  5. Kak Noor ni memang betul2 kreatiflah! Iman mesti suka ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman sekarang susah nk makan Mie kena kreatif dan inovatif heehe

      Delete
  6. Salam Kak Noor,

    Pasti saya buat this weekend! Sebab saya suka telurrrr *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam honey ala senang sangat ni mesti honey lebih terer lagi..tapi siapa suka telur memang terangkat ni

      Delete
  7. mohon izin ambik resepinya kak ..
    trm kasih...salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan iryanty memang utk di kongsi resepi nya..

      Delete
  8. Kalau macam ni emak yg lebih makan bukan anak2... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali biarlah tukang masak dulu yg jamu selera ye dak Gee hahaha

      Delete
  9. Takut tak sempat nak hidang jer.. Ibu kat dapur dah "ngap" dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Syam, benda senang je kan, kalau ibu dah ngap boleh buat lagi dan lagi janji telur banyakkk kan..

      Delete
  10. Buat Bento pun sangat menarik ni kak noor. Mesti balik sekolah, bekas licin :)

    ReplyDelete