First Time Homemade Kimchi Yang Sedap




ASSALAMUALAIKUM 
Sejak keluar gambar kimchi ni kat FB ramai yang dok minta resepi, sebenarnya kaknoor pun google jugak terjumpa resepi KIMCHI SEDAP dari blog Ourkizuna, study resepi dua tiga hari jugak sebelum nak buat ni, takut tak jadi, sebab first time buat dan rasa, sebab ramai yang dok cakap sedap sedap sedap jadi hati mana yang tahan kan, nak beli?? biasa lah kadang-kadang was -was macamana diaorang buat, jadi study punya study punya study dah cukup bahan kaknoor pun buatlah semalam, hari ni baru dapat makan sebab kena perap semalaman, lepas tu baru lah boleh masuk petiais.





ALHAMDULILLAH orang kata makan dengan nasi putih je sedap, tapi bagi kaknoor boleh lah kalau makan dengan nasi putih ada lah kekurangan sikit, tapi selera ditangan sendiri kan, ikut suka hati kita mengolah kimchi 

Resepi nya memang kaknoor ikut sebijik macam dalam blog OURKIZUNA biasalah first time buat tak pandai nak derhaka lagi haha, tapi memang sedap lah anak-anak pun kata sedap, bapa kata sedap, jadi mama pun KEMBANG SEMANGKOK.







Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan. 

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih)*kaknoor guna cili serbuk biasa je tak ingat jenama
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia 
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha*kaknoor letak 3-4 sudu gula

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..? 




Dah lama teringin nak makan nasi goreng kimchi, hari ni tertunai lah hasrat itu.
ALHAMDULILLAH SEDAP DAN NYAMAN
kaknoor hanya letak, bawang besar dan bawang putih, tumis dengan sedikit minyak, bila dah garing bawang masukkan kimchi ni, pecahkan sebiji telur, letakkan garam dan perasa sikit, gaul rata, dan siap dihidangkan bersama dengan paru goreng kicap sedappp sangat...

First Time Homemade Kimchi Yang Sedap First Time Homemade Kimchi Yang Sedap Reviewed by Unknown on November 20, 2014 Rating: 5

19 comments

  1. macam sedap tapi wana x pandai makan kimchi.. hihi

    ReplyDelete
  2. Tak yah g korea dah la, homemade lagi sedap kan kak noor hihiii..nampak kuah pekat tu..kalau kedai punya ceroi jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Lina ni kaknoor first time makan kimchi, skrg ni kalau gi kedai dah pandai rasa macam tak sedap je semua haha

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak...rumit juga buat kimci ni ye...walau apapun best dan berjaya la...tahniah kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam saridah thanks ya sesekali singgah sini alhamdulillah aher nya brjaya jugak berkimchi2 kat umah

      Delete
  4. wah... bestnya kak Noor. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama atie sila kan buat kimchi ni alhamdulilah sedap

      Delete
  5. Masa saya belayar tiga minggu sudah, hari-hari ada menu kimchi atas kapal... saya try sekali... oooo tak bleh kak Noor, pedassss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya kah sweetie rugi tu, tapi apa nak buat kalau tak suka pedas kan, disini mmg suka pedas so memang suka bangattt

      Delete
  6. nmpk leceh jgk kak..mmg kna study btl2 bru leh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang leceh zila itu lah dok agak dua tiga hari jugak nak buat tapi akhir nya buat jugak lah tapi alhamdulillah sukses

      Delete
  7. Dah lama x buat kimchi.. tun suka juga mkn nasi goreng kimchi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tun sama lah kita suka nasi goreng kimchi memang marveles

      Delete
  8. kalau pandai mengolah boleh aje menjadi tak perlu ke Jepun pun kan Kak Noor

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ... nak makan juga .. tapi belum berkudrat nak buat sendiri .... tengok nasi goreng tu menambahkan terliur....

    ReplyDelete
  10. Kawan sy pon ckp nasi goreng kimchi sedap...sy pon br try mkn kimchi ni sekali kat seoul gardern. k nor rajin buat sendiri.

    ReplyDelete
  11. hoooo, hebat hebat, gambar dan resepi memang superb

    Jom kita makan Minyak Ikan

    ReplyDelete