Pavlova Ku Yang Sedap Tak Kenal Maka Tak Cinta...


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya ya, rasa nya dah lama tak buat pavlova ni, time hariraya dulu buat tapi tak sempat nak gambao habis semua ngap, kali ni ada permintaan dari anak-anak,  jadi buat lah, sebeenarnya sebelum ni kaknoor hanya buat je tak pernah makan pun, entah sebab tak suka, tapi yang baru ni buat try test makan, aduhh rupa nya SEDAPPPP tak cukup satu kalau yang cute dan comey ni., nanti bila buat lagi boleh tambah buah macam-macam, ikut kreativiti kita sendiri lah ya.

Sebenarnya resepi nya hasil intai-intai dari blog IZAHDAUT &  KAK WAN, sama saja resepi kedua nya, dan kaknoor buat resepi ni memang menjadi dan sedappp., pada kedua nya kaknoor letak kan resepi kat blog akak jugak 



MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1

bahannya:

200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.




Pada warga Brunei Darussalam yang teringin nak rasa boleh lah pm/ msg di fb atau whatsap kaknoor ya tertakluk pada buah lah jugak kalau ada, sebab kekadang bila kita nak cari buah takde lah pulak, terutamanya buah strawberry tu selalu je out of stock.
Whatsapp kaknoor 8739160
Pavlova Ku Yang Sedap Tak Kenal Maka Tak Cinta... Pavlova Ku Yang Sedap Tak Kenal Maka Tak Cinta... Reviewed by Unknown on November 15, 2014 Rating: 5

8 comments

  1. Comelnya pavlova akak..geram tengok..:)

    ReplyDelete
  2. pavlove kecik BB best kan senang nak makan

    ReplyDelete
  3. comeinya.... sebiji sekali ngap...abis cerita ye kak Noor he hehhehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. frist try tak cukup sebijik Mie, bermula dengan 2 hahaa

      Delete
  4. Saya memang suka Pavlova ni..terlajak laris Kak Noor kan!,tak kira dah tang manisnya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak makan tkyah kira manis segaala Su pejam mata ja makan kan

      Delete
  5. Sy pun first time buat kak noor ngap 2 biji...sedap..betul la tak kenal xcinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor selalu buat jugak tapi tak pernah rasa sbb takut manis, tapi bila dah rasa lupa lah pulak manis2 tu cheqda boleh gituuuuuuuuuuu

      Delete