Cornflakes Pedas Bermadu Dengan Kacang & Bilis Panggang
Selamat malam dan happy weekend untuk semua nya yang masih sudi singgah disini, walaupun balik tangan kosong je, tak kisah lah tu asalkan berziarah maktok ni hahaha, petang ni nak tayang cornflakes madu yang sangat sedap dan ranggup .
Jom Layan Jom!!!
Bahan2nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang.
Cara nya
Panaskan planta atau butter dalam kuali yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi,masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak,kak Noor tak masukan garam sebab benda2 sampingan tu dah masin ,elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti ,masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup api
masukan cornflakes,bilis,kekacang,bijan dan gaul rata biar sebati
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil2 tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak2 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh2 senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..
tapi kalau malas dah boleh makan lepas digaul tadi tu ok
Selamat menjamu mata sekali lagi ya, benda senang ni siapa pun boleh buat, tak payah tunggu nak raya je kita makan cornflakes ni kan, sekarang ni pun boleh bah...
Cornflakes Pedas Bermadu Dengan Kacang & Bilis Panggang
Reviewed by Unknown
on
March 07, 2015
Rating:
Ini budak2 mmg suka ni kak...ngap ngap sambil tgk tv...mmg x sedar fah bnyk yg di makan...
ReplyDeleteyalah syifa, tak sampai 2 hari kalau sekotak conflakes tu hahaaha hebat kan selera budak2 di rumah ni
DeleteCORNFLAKE RANGUP GINI MMG SEDAP SDG FIKIR NK SEDIAKAN RAYA NANTI INSYAALLAH...TQ KONGSI RESEPI.
ReplyDeletesangat sedap dear Paridah cepat laris kalau buat gini..
Deletenak jumpa buat ..sambalnya sama mcm popia aritu kan
ReplyDeletesama yan sambal nya boleh jugak utk popia, utk kentang, ubikayu dan yg sewaktu dengan nya lah...
Deletedah lama kak norr x buat ..dok terbayang2 ni dah hiii
ReplyDeletekalau dah terbayang mesti kena buat lah wani kang gila bayang pulak hahhaa
DeleteAssalam Kak Nor..
ReplyDeletesedap nih kak..kalau raya kat Swk..yg ni paling laku atas meja berbanding dengan kek lapis or biskut raya...nak2 kalau ade bilis lebih..silap2 bilis yang licin dulu sbb kene pilih2..hahah
waalikumussalm Jul, betul sama jugak dgn kat brunei yg ni lah yg dicari oleh orang tua dan kanak2 disamping kek tapak kuda kannn
DeleteHmmm...sedap buat kudapan depan tv...
ReplyDeletesekotak cornflakes boleh habis sehari semalam kalau dok depan tv cheqda
DeleteLya pun nak try la Kak mudah ni
ReplyDeleteSaya kalau dapat ni, kak...sekejap je habis nih!
ReplyDeleteKak, gaul sambal dgn cornflakes tu time panas ke @ tunggu sambal tu sejuk dlu?
ReplyDeleteGaul time panas sayang sbb kalau tunggu sejuk sambal nya akan pekat dan keras susah nak bersalut nnt
ReplyDelete