Kari Telur Puyuh Tanpa Santan
Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya. Menu apa adik-adik hari ni ya. Ini sebenarnya menu semalam, dik kerana sibuk dengan macam-macam hal, maka ini lah menu penyelamat, sekejab je pun masak kari telur puyuh tak sampai 30 minit pun dah boleh makan.
Sesiapa yang busy sangat boleh lah try resepi ni ya, kalau tak de telur puyuh boleh jugak guna telur ayam, atau telur itik ke atau telur apa-apa lah yang sewaktu dengan nya.
Bahan nya
1 pek telur puyuh ( disini 1 pek 12 biji ) direbus dan dikupas kulit
1 pek rempah kari O atau yang sewaktu dengannya
3 ulas bawang putih di tumbuk
5 ulas bawang merah tumbuk
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil jintan putih goreng tanpa minyak dan tumbuk
1 sudu besar air asam jawa
garam dan sedikit gula
daun kari secukup nya
minyak secukupnya untuk menumis
air secukup nya
Cara nya
Panaskan kuali dan masukkan minyak, tumislah bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan rempah kari dan cili kisar, kacau rata sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan air secukup nya. Jangan terlalu banyak air kerana telur puyuh ni kecil sangat jadi sedang-sedang lah ya, sesuaikan rasa dengan sedikit garam dan gula, daun kari dan masukkan lah telur puyuh. Dah mendidih boleh lah di angkat.
Selamat menjamu mata, biar lah tuan rumah menjamu selera dengan kesedapan kari ni, jeles?? boleh buat sendiri tak susah pun, kari ni wangiii sangat sebab ada jintan putih extra tu tau!!
Kari Telur Puyuh Tanpa Santan
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2015
Rating:
sdapnya..:)
ReplyDeletebagus ni kak Noor...tiada santan kurang kolestrol kan...
ReplyDeletebagus ni kak Noor...tiada santan kurang kolestrol kan...
ReplyDeleteoh yumm.....I want a bowl of that!!
ReplyDeleteTak letak santan.. kuranglah sikit lemak..
ReplyDeletealamak sedapnya telur puyuh.saya pun suka masak kari tak letak santan.tapi suami suka kari bersantan.
ReplyDeleteSalam Kak Noor,
ReplyDeleteSedapnya... meleleh air liur saya tau.
erm..sedapnya,kak noor..mudah jer nak sediakan kan..;)
ReplyDeletetak pernah buat kari tanpa santan.insyallah lepas ni boleh cuba :)
ReplyDeletecicah roti canai sedap juga nie...
ReplyDeleteAda ke telur yang tak sewaktu dengannya.. hahahaha...sorry kak Noor, saya gurau je... Kak noor pernah masak telur burung unta? besar... sebiji je kalau dipecahkan dapat sebekas mangkuk nasi.
ReplyDeleteSalam kak noor.. sedapnya burung puyuh.. lama dh xbeli. nmpk elok pekat kari ni walaupon xde santan.
ReplyDeleteNampak cam senang resepi ni. Blh le nanti sy cuba hujung minggu nanti
ReplyDeletesalam k noor, sy selalu buat kari x ltk cili kisar. Lepas ni bolehla try ltk cili kisaer, kasik pedas kaw kaw sket hehe
ReplyDeletetelur puyuh ni, kalo rumah saya, x cukup 12 biji..semua suka!
alaa...kariii....terus cair....kak noor..nk tya...kari O tu mcm mne ek?? hihihihi
ReplyDeletesedapnya... lepas ni boleh cuba resepi ni wif jintan putih... terbaik la kak... thanks kak noor sharing resepi ni... menu tengahari ni; apakah kari telur? haaaa....
ReplyDeletekongsikan resepi lagi wif sharing love mommylina.blogspot.com