Nasi Ayam Sedap Menu Semalam
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni hari yang paling sibuk untuk masuk ke ofis maya ni, macam-macam benda harus di bereskan jadi sampai ke malam gini baru lah dapat open ofis ni. Ni pun menu semalam bar dapat update malam ni, jom tengok resepi kalau ada yang terhingin nak buat, yang pasti nya sedappp boleh try untuk yang rajin ya..
Nasi Ayam
Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
Cara memasak ayam
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3. Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4. Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5. Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6. Angkat dan baru lah di potong kecil
Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras wangi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Cara memasaknya
1. Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.
2. Masukan separuh daripada air rebusan ayam tadi.
3. Tambahkan susu segar, garam, daun pandan, kiub ayam
4. Masukan beras yang telah di cuci jugak separuh lagi air rebusan ayam.
5. Lebihkan sukatan air 1 cawan dari sukatan beras.
6. Masukan beras didalam rice cooker dan masaklah seperti biasa
7. Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.
7. Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.
Bahan Sambal Nasi Ayam
10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya
1. Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2. Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3. Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4. Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.
Bahan Sambal Kicap
Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.
Ini sambal kicap dan sambal merah tu
Close up ayam sikit mana tau ada yang terleleh air liur yang ala-ala hangus ni haha
SELAMAT MENCUBA DAN JAMU MATA U ALL....
Siapa sudi LIKE pages DAPUR KAK NOOR di Fb ya sebab friend list kaknoor dah full jadi boleh lah ke DAPUR KAK NOOR terus mesti cepat boleh makan hehee
Nasi Ayam Sedap Menu Semalam
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2015
Rating:
kat tempat saya ada Kedai Nasi Ayam Pokok Durian. Rasanya memang sedap sekaligus ramai pelanggan datang makan...
ReplyDeletewah nama kedai nya unik mesti lah sedap tu IM kan..
Deletenak sepinggan..ayam dua:-))
ReplyDeletekaknoor kasi free nasi tambah satu peyok Yan ok tak
DeleteSedapnya nasi ayam... Nak rasa juga Kak Nor..
ReplyDeleteuntuk orang jauh macam Ros memang sentiasa boleh, boleh pndang dulu ya heehehe
DeleteAssalam kak noor,
ReplyDeletemohon copy naaaaaa
nak try weekend ni he3
no problem arisya copy teh sila kan, tapi mesti masak tau this weekend..
Deletenasi ayam mmg feveret anak2 kak nor.. makan sampai tak tau jemu..
ReplyDeletesama disini mayang mengurai cayang ayam kalau sekor confem tak sampai petang ni
Deletesalam jumaat..nasi ayam masak sendiri ni sedap sangt...boleh cuba resepi ni pula...
ReplyDeletekaknoor semua nya masak sendiri paridah jarang beli kat kedai, sbb boss besaq tak suka makan kat kedai hahaha bini nya kena berphempas pulas kat dapur everyday
Deletesedapppnyaaaa!!
ReplyDeletecili thailand tu macamne ye nak kenal?
Jemput jenguk ietams yerr
alah cili thailand tu, cili yg besar sikit dari cili padi tu, cilipadi kecik sangt kan, lebih pedas lagi dari thailand, so guna yg thailand lah agak kurang sikit pedas nya
DeleteI want that chicken!!! salivating over it now
ReplyDeleteyou must try it this afternoon Nammi, yummy,
Deletesedapnya ayam ala hangus tu.meleleh tengok.
ReplyDeletehahaha kita geng salma yang hangus itu menawan kan
Deletemata dan hati saya terpaut pada bekas sambal dan kicap tuu, comel!
ReplyDeletens ayam juadah yg simple tapi 'lengkap'...mmg menu wajib setiap minggu :)
syahida, jangan tak tau botol tu terbang jauh U dari obaC tu hahaah
Deleteyes sudah nasi ayam ada sambal sayur ayam perfecto kan
mintak resepi ye kak noor.. bila nak masak tu tak tahu.. hehe.. salam jumaat kak noor
ReplyDeletesila kan syida copy dan letak kat petiais senang nak rujuk nanti tau, dah bagitau kaknoor ya
DeleteEsok InsyaAllah makan spring spring chicken baru dibela sendiri sebab macam tak sihat tengok ayam tu disembelihkan tadi.
ReplyDeleteIngat nak buat nasi ayam juga esok
wah best nya dapat makan ayam yg di bela sendiri diana, buat lah nasi ayam macam ni sedappp insya allah ...
Delete