Nasi Goreng Cekur Bunga Kantan Poached Egg


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya yang masih sudi singgah di blog kaknoor, pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi goreng cekur yang sedikit unik rasa nya.  Biasa nya kalau cekur kaknoor hanya untuk ulam, jarng di buat masak-masak, suatu hari kaknoor ternampak resepi nasi goreng cekur, tapi tak ingat dah kat blog mana, jadi hari ni kaknoor mengolah sendiri lah sesuka hati, alhamdulillah sedap, ada sikit kelainan macam nasi kerabu lah sikit rasa nya, tapi masih sedap dan mantop.



Bahannya
1 mangkok nasi sejuk
secukupnya ikan bilis goreng
garam dan perasa
sekuntum bunga kantan hiris
secukupnya daun cekur hiris
minyak untuk menumis
sebiji poached egg

Bahan tumbuk
4-5 ulas ubi cekur
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6-7 biji cili padi

Cara memasak nya
1. Panaskan kuali, masukkan minyak tumis lah bahan tumbuk dan masaklah sehingga wangi.
2. Masukkan nasi sejuk dan kacau rata biar bersalut dengan bahan tumis.
3. Tambahkan dengan garam dan perasa, bunga kantan, daun cekur dan ikan bilis goreng.
4. Gaul sebati dan rasa lah ikut keselesaan family masing-masing ya.
5. Bila menghidangkan letakkan sebiji poached egg di atas nya.
6. Untuk membuat poached egg tu, kak noor rebuskan sedikit air, pecahkan telur di dalam acuan poach egg dan masak lah lebihkurang 2 minit.
7. Sedia untuk di hidangkan.



Nasi goreng ni kaknoor sengaja lebihkan untuk makan tengahari, sebab tak puas makan pagi, memang sedap sangat pada selera orang veteren ni, tak tau lah pada yang muda kan.


Nasi Goreng Cekur Bunga Kantan Poached Egg Nasi Goreng Cekur Bunga Kantan Poached Egg Reviewed by Unknown on March 09, 2015 Rating: 5

32 comments

  1. Sedapnya...sy bekpes lempeng pisang je kak....:)

    Sy daf folow kak blog ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..selamat pagi kak..pg nie yan sarap nasi lemak je....
    brunei musim panas tak kak macam kat malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaikumuslam yan sorry lmbat respond ya busy bangat hari ni, brunei pun sama jugak panasss dok dlm umah je lah malas kuar

      Delete
  3. err.kalau saya jenuh nak kene asing sayur nie..kekeke..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. alhamdulillah normi menepati citarasa orang2 lama ni

      Delete
  5. sedapnya Noor. dah terasa2 di tekak nie.harumnya gabungan bunga kantan dan daun cekor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakyon, bunga kantan dan cekur kat umah terpakai dah terjumpa resepi nasi ni sedap lah pulak..

      Delete
  6. BUNGA KANTAN N DAUN CEKUR, WANGI N RASANYA BERBEZA...BILA DIGABUNGKN PASTI TERANGKAT SEDAP SGT TU TAMBAH ADA TELOR TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat dear Paridah bole try nanti ya resepi mudah sangat pun

      Delete
  7. boleh cuba ni kak noor...saya suka cekor sejak kawin dgn org jawa...byk resepi masakan mengunakan cekur yg saya belajar daripada mak mertua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohyeke Nza, mesti banyak resepi jawa yg Nza tau kan, boleh share nanti akak suka sngt resepi indon ni, walaupun sebenarnya tkde pun kerturunan indon ke ape ke hehe

      Delete
  8. Salam singgah sini kak noor...sedapnya nasi goreng...mesti lagi sedap dan wangi jer sb ada bunga kantan dan daun cekur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Mardiah sudi singgah sini, sangat wangi nasi goreng ni tau

      Delete
  9. Kalau dapat hiriskan petai sekali dalamnya kak Noor, baru terangkat untuk selera org veteran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada petai baru lah gabungan 3 wangian tu Sweetie mesti lebih gempak lagi nasi ni kan hahaa

      Delete
  10. uniknya ni kak noor letak daun cekur ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor merayau kat maya jugak ni Wani terjumpa resepi ni dha tak ingat kat mana kaknoor amik hahaha

      Delete
  11. Salam singgah Kak Noor,

    Saya ni baru je berazam tak mahu makan tengahari hari ni tetiba salah masuk blog pulak *_* Terus berkeroncong perut tengok hidangan nasi goreng cekur bunga kantan Kak Noor ni. Poached egg tu lagilah alahai... tak dapat nasi goreng, poached egg pun jadilah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Mummydearie ya, amacam dah malam nak lagi tak poarched egg tu?? kalau nak nak gi masak air ni heheee

      Delete
  12. amboihhhh temptingnyaaaa!!!
    tak jadi diet kalau buat ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupakan dulu diet hari ni wahai beriberu yaaa haha

      Delete
  13. menariknya kak..terus rasa lapar..

    ReplyDelete
  14. SEDAPNYA KAK NOR.. TP SAYA TAK PENAH TENGOK POKOK CEKUR LA KAK.. KESIANN KANNN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya mayang, mesti orang bandar ni kan kalau cekur tak pernah tengok, nanti suatu hari kaknoor masukkan dlam blog ni pokok cekur ya

      Delete
  15. Terima kasih kongsi idea nak buat apa dengan cekur ni.
    Banyak kat belakang selalu lupa nak manfaatkan hehehe....
    Dulu ada kawan keturunan jawa masak gulai ikan dengan daun cekur ni, selera betul saya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cekur atau kencur ni orang jawa yg selalu guna diana, resepi ni pun kaknoor jumpa kat blog orang indon jugak, agak unik kan guna cekur tapi mmg sedappp, boleh diana cuba suatu hari nanti ya

      Delete
  16. k noor, bunga kantan tu sy suka, daun cekur sy x brp nak kenal (haha kantoi)
    ni kalo jamu mak ayah mertua, confirm sy jd menantu kesygn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah buat nanti Syahida, resepi jowo ni,kaknoor pun time buat dah jatuh cinta dgn cekur

      Delete