Wantan Chicken Cheese with Dill
Assalamua’laikum warahmatullah rakan-rakan dan adik-adik blogger semuanya. Sebenarnya tak tau nak bermula dari mana ni, dah lama sangat kaknoor tak update blog, kesibukan dengan urusan harian membuatkan masa sangat terhad untuk kesini, apa lagi bercerita panjang macam dulu-dulu.
Kekadang bila hati kita tak senang, memikir macam- macam benda memang mood kita ke laut untuk berblog ni, salute lah pada yang selalu mengupdate blog dari dulu hingga kini. Menulis memang perlu fikiran yang ceria bebas dari masaalah luaran dan dalaman, kekadang bila hati tercuit sikit je tak tenang memang dah malas nak menulis, bagi kaknoor lah, In Shaa Allah lepas ni mungkin akan ada the next next update lagi doakan lah kaknoor supaya mood tu tak lari.
Berbalik pada resepi, hari ni kaknoor kongsikan resepi wantan chicken yang selalu di order oleh customer kaknoor, kaknoor hanya mengolah resepi dari inti chicken pie cuma tambah cheese dan dill saja, sukatan pun agak- agak saja.
Wantan tu kena lah buatkan bentuknya dulu masukkan dalam acuan muffin dan bakar sekejab sehingga masak, keluarkan dan letakkan lah inti chicken pie didalam nya, tambah mozarella cheese dan dill diatas nya dan bakar lagi sekali di oven untuk mencairkan cheese tu, bila dah nampak cair keluarkan dan bolehlah dimakan begitu saja atau bersama sos pedas Thai
Ok cukup dulu untuk hari ni, macam pertama kali ber blog la pulak, In Shaa Allah kalau masa mengizinkan kaknoor akan update lagi dari masa ke semasa..
Wantan Chicken Cheese with Dill
Reviewed by Unknown
on
October 02, 2018
Rating:
ermm..sdap tu kak..:)
ReplyDeleteAllahu rindunya dengan k Noor... Moga k.Noor terus istiqomah I insha Allah.
ReplyDeleteLama hilang tup-tup dah bertukar design blog k.Noor ni. I like :)
rindu nya nk dgr kabar k noor dari brunei...
ReplyDeletelama betul kak noor hilang yek, mesti k noor bizi ngn tempahan sampai lama senyap...
apa pun moga k noor diberi kesihatan yg baik n ada mood utk menulis kt blog ni
memang sedap sangat Nor boleh try nanti
ReplyDeletePuan Hazel
ReplyDeleteMaa Shaa Allah ada yang rindu ke?? terharu kak noor, ingtkan dah tak siapa ingat pada orang tua ni Hazel, jazakallahu khairan dear doakan semoga kaknoor istiqomah ya