Rice Crispies atau Bepang Nasik
Assalamualaikumdan selamat petang semuanya.
Dah minum petang ke ni? Apa agak nya peneman sang kopi dan teh kalian ya
Kaknoor dengan rice crispies atau bepang ni je
Timbul idea nak buat bepang ni adalah kerana lebihan nasi biru, ingatkan bila di goreng nasi tu akan menjadi biru jugak, jadi akan unik lah nanti bepang kaknoor, rupanya tidak hehee, bila di goreng nasi biru ni akan jadi putih je takda lah surprise pun ingatkan nak buat bepang biru hancus, tapi ok lah putih pun sodap jugak kan..
Bahan nya yang diperlukan tak lah banyak 4 bahan saja
Semestinya nasi sejuk yang telah dijemur di panas matahari sehingga kering
Minyak untuk menggoreng
Gula dan sedikit garam
Cara nya pun mudah
Nasi kering tu kita mesti leraikan dia dulu, kaknoor masukkan dalam lesung batu dan tumbuk lembut sekadar nak meleraikan saja, jangan kuat sangat nanti hancur pulak.
Kemudian panaskan kuali dan letaklah minyak tak perlu banyak sangat, kemudian gorenglah nasik tadi sehingga menjadi seperti bertih, buatlah sehingga habis nasik.
Dalam kuali lain masukkan gula agak-agak je 1/2 cawan ke 3/4 cawan ke ikut kemanisan yang kita mau lah, lepas tu kacau biar gula tu cair, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.
Kacau rata sehingga gula kita menjadi agak perang tutup api dan dan masukkan bertih beras.
Kacau sebati dan boleh lah di letakkan dalam acuan pilihan, kaknoor letak dalam acuan muffin
Boleh jugak kita bulat-bulatkan terpulang selera lah.
Dah agak sejuk lah boleh kita nikmati bersama kopi atau teh memang sedap sangat.
Menu lama ni sesekali kita makan memang sedap sangat, kadangkala kita boring kan makan yang bercheese, berbutter dan macam-macam ber lagi heehe, lagipun tak jemu makan bepang ni..
Alhamdulillah dah selamat semua bepang tu, IN Shaa Allah lain kali mesti nak lebihkan nasik nak keringkan lagi dan buat lagi. Belum puas makan bepang ni, yang rajin boleh try tak perlu banyak modal pun hanya nasik sejuk je, bahan lain memang sentiasa ada kat rumah kan..
Rice Crispies atau Bepang Nasik
Reviewed by Unknown
on
October 30, 2018
Rating:
akak belum pernah cuba, boleh nyum-nyum sambil nonton tv ni
ReplyDeletedulu-dulu maid yg dok buat kita tau makan ja, tapi skrg ni mem kena buat sendiri haha tapi lagi sedap kot heehe
Deleteuish lama nye tak makan bepang nasi ni. Sedap..nom..nom..nom!
ReplyDeleteSesekali makan memang sedap Ina apa lagi homemade bestnya!!
DeleteSedap ni..... kalau mak saya punya bepang, kerak nasi KN.... Kalau kenduri ke apa kan guna periuk besar bila masak nasi so kerak dia banyaklah. Mak keringkan lepas tu gorenglah. Walau rasa dia tawo je tapi mmg sedaplah makan kerak nasi ni
ReplyDeleteThanks great bblog
ReplyDelete