Kerepek Kadok Dan Pegaga Rangup

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang
Cuaca diBrunei masa tersangat lah mendung dan hujan dah mulai turun, makan kerepek memang sedap ni. Ada yang pernah buat kerepek kadok atau pegaga ke! Jom pada yang suka boleh tengok resepi kaknoor dan try goreng memang laris..



Bahan-bahan yang kaknoor guna, campuran tepung jagung dan tepung gandum, sedikit jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan cili flakes, semua bahan ni di bancuh dengan air sejuk dari petiais yang betul-betul sejuk, di kacau rata, agak-agak lah jangan terlalu pekat nanti banyak tepung yang tersalut jadi kurang rangup, dan jangan terlalu cair nanti takda pulak tepung yang tersalut, bila kita goreng jadi cepat hangus, sedang-sedang lah bancuhan tepung tu ok..

Bila dah di gaul rata, panaskan kuali dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan sesudu besar minyak panas dalam campuran tepung tadi, kacau rata, kemudian baru celupkan daun kadok tadi dan gorenglah sehingga kekuningan dan rangup, dan buatlah sehingga habis daun dan bancuhan tepung.

Dah siap kerepek kadok kita, cantik dan lazat, tak terasa makan kadok, tapi macam makan kerepek biasa je, maksudnya langsung takde bau kadok bila di goreng macam ni..




Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos, campuran sos cilipedas + sos cilimaggi + mayonis
kacau rata dan cicah dengan kerepek ni memang terangkat, tak sempat nak ambik gambar sos tu sebab cepat sangat licin..

Daun apa-apa pun boleh sebenarnya di buat kerepek macam ni, disini kaknoor selit jugak daun pepaga tapi taklah banyak sangat sebab pegaga tu kecik jadi nya lambattttttt, kalau kadok ni kan besar cepat lah siap kerja kita hehe..








Pucuk kadok mesti di cuci dan di lapkan supaya kering lebihkurang 20 - 30 helai, bila dah kering nanti senang nak salutkan dengan tepung, lagipun  mudah untuk bancuhan tepung tu melekat..

KHASIAT DAUN KADUK
  Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. 
Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu. 
Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.
 Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan. Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Banyak sebenarnya khasiat kadok ni, apa lagi bila dimakan mentah, In Shaa Allah bila senang lagi kaknoor share resepi Miang Kham pulak ok




Ini pegaga hanya dalam pasu yang ditanam didepan koridor rumah kaknoor, nak guna berlari je keluar rumah hehe..


Kerepek Kadok Dan Pegaga Rangup Kerepek Kadok Dan Pegaga Rangup Reviewed by Unknown on October 13, 2018 Rating: 5

7 comments

  1. Terus gigi rasa gatal nak mengunyah, kak! :)

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Noor...sedapnya ngunyah kerepek hujan2 nie kan. Terliur pulak heheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam warahmatullah tak hujan pun best ni kalau kerepek ni nasya hehe

      Delete
  3. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories sims 4 news.

    ReplyDelete