Apam Comel Bunga Telang

Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers or non bloggers, semoga hari ni lebih menceriakan kalian semua Allahumma Aamiin..

Alhamdulillah hari ni kaknoor berkesempatan menulis pepagi ni dengan resepi yang biasa saja, sebab kaknoor pun orang biasa dan resepi pun biasa-biasa lah 😊
Jom semak resepi mudah ni gara- gara lebih nasi biru lah ni




Bahan nya
1 cawan nasi sejuk kaknoor guna lebihan nasi kerabu biru
3/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast 
Kelapa parut putih dan secubit garam yang digaul rata
Untuk resepi ni kaknoor gantikan 1 1/4 cawan air tu dengan air bunga telang yang telah diramas sebanyak 20 kuntum bunga telang atau nak lebih terpulanglah
Begitu jugak dengan nasi sebab lebihan dari nasi kerabu maka timbul lah idea nak buat apam nasi bunga telang ni...
  Cara nya

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast.
Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air bunga telang dan gula pasir hingga halus.
Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin.
 Perap 3 jam. 
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam.
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap. 
Kukus dengan api kuat selama 15 ke 20 minit
Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut putih.




Lepas dari kukusan ada yang mekar ada jugak yang tak mekar, takpe lah janji lembut kan 😋



Pepagi makan apam ni ditemani dengan secawan kopi memang best sangat 🤣



Apam ni memang kecik dan comel sebab kaknoor letak dalam acuan nona manis jadi mudah sangat nak masuk mulut hehe



Untuk yang belum pernah buat apam nasi ni sila lah rajinkan diri buat memang sedap sangat ikut selera kaknoor lah 😉 


Apam Comel Bunga Telang Apam Comel Bunga Telang Reviewed by Unknown on October 10, 2018 Rating: 5

5 comments

  1. sedapnya..thanks sharing kak..:)

    ReplyDelete
  2. Garden Kak Noor mseti banyak bunga telang hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak PH sampai kaknoor buat kering bunga telang sebab sayang hehe

      Delete
  3. bunga telang banyak kat rumah ini,, macam teringin nak buat jerr

    ReplyDelete