Bebola Ubikayu Trafic Light

Assalamualaikum warahmatullah semua nya yang masih sudi singgah diblog kaknoor, semoga kalian sihat walafiat disamping family dan tugasan, seberat apa pun tugas kita sebenarnya itulah yang telah ALLAH tetapkan kerana ALLAH tidak pernah membebani makhloknya sesuai dengan kemampuan seseorang itu, belajar redho dan ikhlas In Shaa Allah kemanisan pasti akan kita kecapi di hujungnya nangi..

Sebenarnya dah lama kaknoor teringin nak buat kueh ni dah save kan resepi di Ig Indon tak ingat dah dari siapa, sebab bentuknya kecil cantik dan menarik hati untuk mencuba, mudah saja pun sebenarnya, jom tengok resepi..



Ada tak yang suka dengan kueh ubikayu ni? Kaknoor memang hantu habis kalau kueh dari ubikayu semuanya sedap je 😊



Sebelum makan biarlah kueh ni posing dulu 😊



Yang suka tu sila pandang pandang lah dulu kalau tak tahan bolehlah bersilat didapur..



Bebola Ubikayu Trafic Light


Bahannya 

1kg ubikayu dibersihkan dan diparut

150gm kelapa parut yang muda lebih baik

100gm gula putih 

Secubit garam

Pewarna merah kuning dan hijau 


Bahan Tabur

Kelapa parut secukupnya dicampurkan dengan sedikit garam dan kukus sekejab


Caranya 

  1. Ubikayu yang telah diparut diperah untuk hilangkan pahitnya
  2. Campurkan semua bahan gaul rata dan dibahagi 3 warna
  3. Buatlah bentuk bulat lebihkurang 20 gm setiap satunya
  4. Panaskan kukusan dan kukuslah selama 15-20 minit
  5. Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.







Alhamdulillah dah dapat makan baru lah puas hati tukang masak ni, selamat mencuba untuk semua sahabiah kaknoor 👍

Bebola Ubikayu Trafic Light Bebola Ubikayu Trafic Light Reviewed by Unknown on October 15, 2018 Rating: 5

8 comments

  1. Senang bangat nampaknya nak buat traffic light ni hihi...tapi yg susahnya sebab malas haha. Pos mai sepinggan k.noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang bangat Hazel nak buat ni, sebab tu lah Kaknoor buat sebab kaknoor pun bukannya rajin pun haha kueh orang malas jugak ni

      Delete
  2. Replies
    1. Ye Nor senang sangat pun asalkan ada ubi jadi lahhh

      Delete
  3. Cantiknya kue Kak Noor nie...Perlukan kesabaran tahap tinggi ni hu..hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak nasya cuma perlu ubi kayu parut je dan letak warna hehe

      Delete
  4. Wah...berwarna-warni, Kak Noor. Sedap mata memandang dan sedap dikunyah-kunyah hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PH nak makan pun kena make up sikit kueh tu baru berselera hehe

      Delete