Resepi Laksam Sedap

Assalamualaikum warahmatullah dan salam jumaat
Alhamdulillah berkesempatan hari ni untuk menulis sepatah dua kata untuk entry kali ini, semoga adik adik bloggers semua sihat walafiat hendaknya..

Terus ke resepi hari ni lah ya, bulan lepas dah buat laksam ni tapi tak sempat nak update biasalah mood berblogging masih ke laut, cuma sempat ambil gambar saja, hari ni ada lagi yang teringin nak makan jadinya buat lagilah..



Ada tak teruja tengok laksam ni hehe 😉 
Kalau bekenan kena lah rajinkan diri ya buat sendiri
Resepi semunaya dah disertaksn tu, tunggu mood R je kan



Bahan Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
 5 cawan air suam (3 air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya
Satukan semua bahan kacau sehingga tak bergentel, panaskan kukusan letakkan tudung periuk atau dulang kecil, masukan 2 senduk bancuhan dan kukus sehingga masak lebihkurang 2 ke 3 minit angkat dan gulung.  




Memang tak puas makan laksam ni, apa lsgi letak banyak sambal belacan tu aduhh cakap pun tak guna 😊



Bahan Kuah

1 kg ikan kembung direbus / ambil isi / di kisar / simpan air rebusan
2 cawan santan
1 sudu besar lada hitam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai di ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya

Kisar  bawang merah, putih, halia dan lada hitam, masukkan dalam periuk, masukkan santan dan isi ikan yang di kisar bersama air rebusan ikan.  Didihkan dengan api yang sederhana, masukan asam keping, garam dan sedikit gula.  Bila sudah cukup rasa dan pekat boleh lah di tutup api.

Bahan Ulam
1 biji timun
5 urat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
7 tangkai daun kesum
½ cawan taugeh
Sambal belacan

Cara membuatnya
1.    Semua ulam-ulam di hiris kecil
2.    Ambil laksam secukupnya, tambahkan ulam di atas dan curahkan kuah.
3.    Laksam sudah boleh di nikmati.




Bahan Ulam
1 biji timun
5 urat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
7 tangkai daun kesum
½ cawan taugeh
Sambal belacan

Cara membuatnya
1.    Semua ulam-ulam di hiris kecil
2.    Ambil laksam secukupnya, tambahkan ulam di atas dan curahkan kuah.
3.    Laksam sudah boleh di nikmati.




Alhamdulillah tercapai lah hajat seseorang nak makan laksam hari ni, ada yang nak join? Hehe 😉 

Resepi Laksam Sedap Resepi Laksam Sedap Reviewed by Unknown on October 12, 2018 Rating: 5

4 comments

  1. laksam kelantan ni sesekali makan sedap kan Kak Noor, cuma perlukan kegigihan untuk menyediakan laksamnya tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat Ana, kena tahan berpanas didapur kalau buat banyak lah, buat sikit ok lagi hehe tpi bila nak makan tu yg best

      Delete
  2. uishh Kak Noor ! Buat akak terliur. Nampak macam sedang ja.Boleh cuba nanti In Sya ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terliur boleh mulakan projek laksam ni FHA cuma perlu kuatkan hati sikit lah sebab banyakkk lambat, kaknoor pun teringin nak buat sambal tumis sedap FHA tu belum lagi berkesempatan hehe

      Delete