Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum warahmatullah
Kaknoor suka nasi ayam yang di letak safron sebab lebih nampak menyerlah hehe
Ini ayam tua yang di goreng berempah sebab ada yang tak suka ayam yang nampak putih saja tu , tukang masak kena lah ikut selera pelanggan dalam rumah kan..
Mood berblog masih berbaki ni, mudahan lah ada banyak lagi baki baki untuk ber blogging untuk hari hari seterusnya
In Shaa Allah..
Untuk menulis blog ni kita perlukan masa yang agak panjang perlu berfikir itu ini, maka nya jadi dok bercinta nak update satu-satu menu tu, tak macam Ig dan Fb dua tiga minit dah boleh buat status kan!!
Berbalik pada resepi hari ni, dua tiga minggu lepas rasa nya kaknoor masak nasi ayam hainan ni, jom kah tengok resepi pada yang teringin nak buat, memang selalu pun kaknoor guna resepi dari Azie ni sebab menepati citarasa..
Kaknoor suka nasi ayam yang di letak safron sebab lebih nampak menyerlah hehe
NASI AYAM HAINAN
Oleh: Azie Kitchen
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kaknoor guna bahagian paha
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
Kaknoor tambah sos cili yang menggunakan cilipadi sebab kat rumah selera pedassss, jadinya buat dua jenis sambal, guna cili merah dan cilipadi, bahan lain semuanya sama.
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.
Ini ayam tua yang di goreng berempah sebab ada yang tak suka ayam yang nampak putih saja tu , tukang masak kena lah ikut selera pelanggan dalam rumah kan..
Cukup dulu untuk kali ni In Shaa Allah jumpa lagi di next entry, redho dan pasrah lah apa yang terjadi dalam hidup kita sebab semua nya adalah Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu Wataala..
Nasi Ayam Hainan
Reviewed by Unknown
on
October 01, 2018
Rating:
Cantik plating k.Noor. Tengok gambaq ja pun rasa lapaq :D
ReplyDeleteTerimakasih Hazel hehe alhamdulillah lama tak keluaq tu lah nk kena buat kejutan sikit heehe
Deletesdapnya..tgk gambr pun menyelerakan..:)
ReplyDeleteAlhamdulilkah boleh Nor try lepas ni mesti laris nanti
DeleteHello Kak Noor! Puas PH klik pada link lama, tak jumpa2 Kak Noor hee..hee... Nanmpaknya rumah baru ni lagi cantik ya, Kak Noor? Hebat lah nasi ayam yang Kak Noor masak. Boleh kasi lawan yang kat restoran tu. Nanti kalau ada kerajinan, PH akan cuba resipi Kak Noor.
ReplyDelete