Tart Cheese Nutella Buncit

Assalamualaikum warahmatullah adik-adik bloggers semua 
Salam sejahtera dan salam ukhwah pada yang baru menjenguk Blog kaknoor semoga kalian didalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya..

Kehidupan kita ibarat roda kadangkala kita suka dan happy ada ada kalanya kita ingin menyindiri sendirian melayan perasaan dan kemudian happy lagi dan begitu lah seterusnya sehingga kita dijemput kembali oleh yang maha kuasa..
Oklah tak payah lah bersedih sedih ya jom kita tengok apa yang kaknoor nak hidangkan hari ni, dessert yang biasa saja cuma kaknoor deco sikit sikit selama dapam berdukalara tu, resepi nya dari blog Masam Manis memang tak menyecewakan Alhamdulillah, Jazakallahu khairan ITA disini kaknoor kongsikan resepi Ita diblog kaknoor ya, halalkan ya..



CHEESE TART BUNCIT
Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.




Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )




Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh



Kalau ada nozel yang besar pun di gunakan.

Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan



tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart ....





Alhamdulillah tart cheese nutella kita dah siap dan boleh dah digandingkan dengan kopi atau teh tu..

Tart Cheese Nutella Buncit Tart Cheese Nutella Buncit Reviewed by Unknown on October 23, 2018 Rating: 5

9 comments

  1. Sedapnya tart ni, Kak Noor. Tambah2 ada Nutella sebagai topping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada nutella memang best pH cuma tak boleh selalu sangat manisss haha

      Delete
  2. aduhai... nsb dpt jenguk semula blog kak noor... dana tak tau banyak blog kwn2 yg tak blh bukak... dok lah pusing2 loading tu tp tak lepas2...
    nsb yg baru ni blh bukak...

    geramnya nengok cheese tart kak noor tuh... mmg menggoda betul, compm puas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduillah dana semula bersembang disini, sama jugak dengan kaknoor tadi nak balas komen dana pakai hp saja tapi tak dapat2 akhirnya frust, malas nak buka laptop ni, dah malam baru lah berkesempatan nak buka laptop

      boleh try buat dana lepas ni hehe

      Delete