Bilis Goreng Kicap Rangup

Assalamualaikum warahmatullah 
Selamat berhari minggu untuk semua ya
Walaupun hari ni bercuti untuk kerja tapi makan tetap tak cuti kan!! Haha 
Jadi hari minggu ni biarlah menu malas malas sikit
Macam dengan menu hari ni 
Ikan bilis goreng kicap je disamping ada sambal dan ulam
Cuma hari ni kaknoor nak kongsikan macamana untuk dapat kan bilis yang rangup tu, rahsianya kaknoor dapat dari Ig Chef Yati Kitchen..
Jom tengok resepi kalau ada yang nak try..



Bahan nya 
Ikan bilis secukupnya direndam dalam air yang dicampurkan dengan 1 sudu besar cuka selama 15 minit kemudian tos kan dan goreng sehingga rangup dan ketepikan.
1 biji bawang besar dipotong kecil
2-3 ulas bawang putih di hiris kecil
Cilipadi dihiris kecil banyak nya ikut selera sendiri ok
1 biji tomato di dadu (kaknoor tambah)
2 sudu besar gula merah
1 kiub ayam atau perasa secukupnya
4 sudu besar kicap pekat manis
Minyak agak-agak 2 sudu besar 

Cara nya
Dalam kuali masukkan 2 sudu minyak atau minyak bekas goreng bilis pun boleh kalau masih bersisa, dah panas masukkan bawang putih, bawang besar, goreng hingga layu masukkan kicap manis dan 1 sudu gula merah jugak kiub ayam kacau sehingga gula hancur masukkan tomato dan cilipadi, dah cukup rasa baru lah masukkan bilis goreng dan 1 sudu lagi  gula merah, tujuan masukkan akhir gula merah tu adalah untuk merangupkan bilis kicap kita..
Tak caya mesti try In Shaa Allah rangup yang pasti minyak tak boleh banyak dan kicap jugak tak boleh banyak jangan sampai bilis kita terendam dek kicap ..




Masakan simple macam ni makan dengan nasi panas untuk yang malas nak masak yang banyak songeh memang  dah boleh hidup ni



Ini gambar selingan je semalam ada urusan diluar bila balik rumah memang kebetulan waktu magrib, nampak  bunga orkid macam teringin je nak ambik gambar, bila dah snap dan edit maka jadi lah macam ni terang benderang sedangkan masa ni waktu magrib memang dah gelap.



Ini jugak dah di edit masih lagi nampak terang kan!!



Begitu jugak yang ni, itu lah sekarang ni kita tak boleh percaya sangat dengan gambar ye dak!!



 Hahaha yang ni baru real waktu magrib takde edit kan dah gelap tu jom masuk dalam rumah, tak baik waktu magrib kat luar rumah kan hehe..

SEKADAR MENGHIBUR HATI SENDIRI SAHAJA SESEKALI BOLEH LAH..


Bilis Goreng Kicap Rangup Bilis Goreng Kicap Rangup Reviewed by Unknown on October 28, 2018 Rating: 5

3 comments

  1. sdapnya ikan bilis goreng rangup tu..nnt nak cuba la..:)

    ReplyDelete
  2. Saya mmg tak pandai nak goreng ikan bilis KN. Kadang goreng pun tak boleh jadi rangup acane tu? Ohh rahsianya rendam dengan cuka dulu ek KN...Nantilah cuba...
    Betullah KN....makan dengan lauk gini je pun dah boleh bertambah nasi tau

    ReplyDelete