Ikan Tongkol Masak Cuka Kegemaran Orang Utara
Assalamualaikum dan salam jumaat pada sudi singgah di blog kaknoor
Alhamdulillah bersiaran lagi hari ini walaupun agak sibuk
Menu apa agak nya adik-adik bloggers hari ni ya
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang dah selalu jugak kaknoor kongsi sebab masak cuka memang masakkan kegemaran, sebab rasa nya yang masam manis tu membuka selera, apa lagi kalau ada cili padi kat atas tu makan dengan nasi putih memang terlajak jugak jadi nya ni.
Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:
§ 1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§ 5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§ 7 ulas bawang merah dihiris tebal
§ 5 ulas bawang putih dibelah dua
§ 1 inci halia dihiris kecil memanjang
§ ½ sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§ ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§ ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§ 2 sudu cuka atau lebih
§ 2 cawan air atau lebih
§ 4-5 biji cili hijau dibelah
§ ½ sudu biji sawi
§ ½ sudu kunyit serbuk
§ Garam gula dan minyak
Cara membuat:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2. Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3. Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4. Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.
Dalam resepi ada letak kacang panjang tapi bila time nak buat takde lah pulak kacang panjang jadi gigit jari saja lah hehe..
Masak cuka ni memang dah sinonim dengan orang-orang Kedah, pendekata orang belah utara memang suka sangat dengan masak cuka, kadang masak majlis kenduri kendara pun ada disediakan masak cuka ikan ni disamping lauk daging dan ayam. Maka nya orang Kedah walaupun dimana pun dia nya berada akan selalu teringat dengan masak cuka ikan ni, boleh jugak diganti dengan ikan lain, kalau tak suka ikan tongkol, kaknoor pernah buat masak cuka ikan patin jugak cuma ikan patin yang fresh di Brunei ni susah dapat sikit kalau tak memang terlajak laris...
OK SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM CUBA YA
YANG DAH CUBA BOLEH TRY MASAK CUKA IKAN PATIN LEPAS NI..
Ikan Tongkol Masak Cuka Kegemaran Orang Utara
Reviewed by Unknown
on
October 26, 2018
Rating:
wahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteAlhmdulillah yg suka mmg sedap sngt
Delete