Solok Lada

Assalamualaikum warahmatullah pada semua yang sudi singgah di blog kaknoor, alhamdulillah sehari lagi kita dipinjamkan nafas hari ni, bersyukur diatas nikmat kesihatan yang Allah berikan..

Minggu lepas teringin nak makan solok lada, tapi bila ke pasar takde cili yang diinginkan yang agak panjang cuma yang kontot ni je yang ada, tiada rotan akar pun berguna lah daripada takde langsung asalkan keinginan nak makan solok ni tercapai, haha mengidam apa pun tak tau lah..



Resepi nya boleh tengok kat bawah ni ya mana tau ada jugak yang termengidam macam kaknoor jugak..

Bahan nya
5 ekor ikan kembung ambik isinya
4 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 cawan kelapa parut (kaknoor letak 1/2 cawan )
Secukupnya cili hijau belah buang biji 
1/2 - 1 cawan santan sederhana pekat.

Caranya
1...Tumbuk isi ikan, lada hitam, bawang merah dan garam hingga hancur.
2....Gaulkan bersama kelapa parut, sumbat kedalam lada hingga padat. 
3.....Di dalam kuali curahkan santan, letak sedikit garam dan gula.
4.....Letakkan solok lada dan masaklah sehingga lada bertukar warna dan lembut.
5.....Boleh dimakan dengan nasi kerabu atau nasi putih 
Kita yang buat dia kan terpulangpah pada fav masing-masing, 




Agak kecik kan lada tu berbanding yang biasa tapi ok lah dapat banyak heehe



Alhamdulillah ni yang dah siap dimasak panas panas tu makan dengan nasi kerabu memang tak nampak telinga ni 😘

SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK ADIK KAKNOOR

Solok Lada Solok Lada Reviewed by Unknown on October 04, 2018 Rating: 5

8 comments

  1. Ingatkan Kak Noor dah tutup blog sebab buka yang sebelum ni tak boleh. Welcome back kak..
    Lama menyepi;)

    ReplyDelete
  2. Taklah Ain hanya stop kejab ja sebab banyak urusan sikit..

    ReplyDelete
  3. SALAM NOOR SLMT BLOGGING SEMULA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih P cayang itulah lama dah tinggal blog ni

      Delete
  4. salam kak nor..selamat berblog semula..ingatkan dah tutup blog lama tu..hehe.. dah follow kak nor sini..jemput singgah blog kite ekk http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam jul kan lama sngt tinggal blog ramai yg ckp tutup hehe, In Shaa Allah nnt kaknoor singah ya

      Delete
  5. Sedapnya Kak Noor... Resipi ni perlu banyak kerajinan.

    ReplyDelete