Biryani, Acar Buah & Green Curry // White Curry Memikat Selera


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang masih sudi singgah di blog kaknoor ya, semoga semua nya sihat walafiat hendaknya disamping keluarga tersayang, kerana keluarga kita adalah segala nya, susah senang kita hanya keluarga yang peduli, bukan cakap kawan-kawan tak peduli tapi yang lebih peduli dan lebih perihatin mesti lah keluarga kan! Sebab hanya keluarga saja yang tau masaalah luaran dan dalaman kita, betul tak?

Dah banyak membebel la pulak ni, jom semak resepi hari ni, sebenarnya menu hari jumaat baru sempat nak update hari ni, jom layan kalau ada teringin nak buat boleh lah try, tak cukup bahan sikit-sikit pun tak kisah, sebab kita yang nak makan kan! Kali ni kaknoor masak nasi pun kurang bahan jugak, tak letak ayam, green curry dah jadi white curry sebab takde cili hijau, acar pun sama jugak hanya buah yang berwarna warni tu je yang ada bersama bawang-bawang di samping rempah lah, sebab yang penting sangat lengkapkan rempah tu, buahan tak cukup ok je



Nasi Biryani ni memang tak perlu banyak lauk cukup kalau ada satu jenis lauk dan acar, lauk nya boleh jugak kita tukar ke kari, dalca, ayam madras atau apa saja fav lauk dalam rumah kita..




Disebabkan sekarang ni cili putih tu sedang banyak jadi nya kaknoor malas nak beli cili lain makan dulu lah si putih ni, jadi dalam acar ni pun kaknoor letak cili putih jugak, yang penting jangan membazir ye dak!!




Untuk Acar Buah kali ni kaknoor takda stok buah-buah kering yang lain, hanya ada buah yang berwarna warni ni sahaja, di tambah dengan kismis hitam, bawang merah dan bawang putih, halia, cilipadi, bahan yang lain sama lah dengan resepi asal sebab kita yang buat dia kan boleh saja letak apa saja yang kita ada kat rumah, takde siapa paksa untuk lengkapkan semua bahan hehe...

RESEPI ASAL ACAR BUAH
BAHAN 
 2 biji limau nipis direbus sehingga lembut campur gula dan garam sikit
Buah2 kering sukahati je nak letak, kat sini akak letak
Sedikit prun, limau kering, kismis
10 ulas bawang putih di belah dua
10 ulas bawang merah atau lebih di belah dua atau tiga
2 inci halia dihiris memanjang 
sedikit biji sawi dan bijan
1 sudu ketumbar yg sudah digoreng dan di mesin 
1 sudu jintan manis digoreng dan di mesin
1 sudu jintan putih di goreng dan dimesin
2 sudu cuka makan
2 sudu serbuk cili
3 sudu gula merah
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
5 biji cili padi


CARA
  • Buah limau yg sudah di rebus dibelah 4 *kalau tak suka isi nya boleh lah dibuang tinggalkan kulit nya,akak buang sikit lah supaya tak pahit sngt
  • Masukan 3 sudu minyak dalam periuk dan tumislah bahan hiris,bawang merah, putih, halia dan kulit kayu manis,  bunga cengkih dan bunga lawang jugak biji sawi
  • Kacau biarkan layu sekejab masukan bahan mesin jintan manis, putih dan ketumbar dan kacau selalu supaya tak hangus
  • Kalau perlu tambahkan sedikit air bersama - sama  serbuk cili  dan masukan bersama bahan tumis, kacau lah biar sebati
  • Kacau sehingga serbuk cili pecah minyak
  • Masukan buah2 an kering jugak limau yang telah di belah tadi.
  • Tambahkan cuka, air, gula merah dan garam dan bijan
  • Masak lah dengan api yang perlahan dan boleh lah di tambahkan dengan cili padi atau cili besar pada yang tak suka pedas
  • Tambahlah air kalau ia nya terlalu kering, acar ni lebih sedap kalau ada kuah sikit2
  • Dah cukup rasa masam manis pedas dan masin boleh lah ditutup api
  • Acar limau ni elok di biarkan semalaman baru di makan.


Untuk kali ini biryani ni kurang bahan dan kaknoor tak letak ayam hanya rempah biryani Bombay dan bahan yang lain lah, tapi Alhamdulillah kalau kita buat dengan hati yang senang dan ikhlas untuk menjamu ahli keluarga semuanya jadi sedap..

RESEPI ASAL NASI BIRYANI
Bahan Untuk Perapan Ayam
1-2 kg ayam (drumstick or thigh or keduanya sekali)
1 inci halia parut
3 ulas bawang putih parut
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih (kaknoor lebihkan sebab suka wangi nya)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam untuk perasa

Cuci bersih ayam dan perahkan sedikit lemon untuk mewangikan ayam. Peraplah dengan semua bahan-bahan diatas untuk selama 1 -2 jam .

Bahan Untuk Nasi Biryani
1 kg beras basmathi
60 gm rempah Bombay Biryani Masala ( 1 paket)
1 cawan yogurt
1 batang kulit kayu manis
Beberapa biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
3 labu bawang besar di dadu kecil
4-5 biji tomato di dadu kecil
Secukupnya daun pudina
Secukupnya daun ketumbar
Secukupnya cili hijau di potong dua
Sedikit safron
Sedikit garam untuk perasa
2 sudu minyak sapi// butter // minyak zaiton (terpulang selera sendiri)

Tips cuci beras
Jangan di gesel dengan cara gengam beras tu, cukup lah sekadar mengesel ketepi cooker or besen yang kita guna untuk mencuci, makna nya beras ni tak boleh di kasar, biar lah dengan cara lembut baru lah kita dapat hasil yang cantik.

Cara Memasak Nasi Biryani
1.  Cuci beras sehingga air nya jernih kemudian rendam untuk selama 1-2 jam dan tos kan
2.  Masukkan minyak sapi dalam inner cooker dan ON STIR FRY
3.  Tumislah bahan rempah, bawang besar, tomato, pudina dan ketumbar sehingga wangi.
4.  Masukkan rempah Briyani Ahmed dan kacaulah sehingga pecah minyak.
5.  Kemudian masukkan yogurt dan ayam yang telah di perap tadi.
6.  Masaklah sehingga ayam separuh masak, masukkan beras dan sedikit garam kacau sebati.
7.  Masukkan air atau chicken stock secukupnya tergantung berapa banyak beras yang kita gunakan lah ( kaknoor guna chicken stock untuk rasa yang lebih sedap)

Rationya jika 3 cawan beras 3.5 cawan stock untuk  basmati Daawat ni
Boleh jugak guna apa apa stock samaada stock ayam daging or vegetable terpulang seleralah

8.  Tutupkan periuk Noxxa, set kan ke High Pressure dan time kan selama 7 minit.
9.  Dah siap buka penutup Noxxa dan masukkan sedikit cairan safron, kalau perlu tutup sekejab kemudian buka kembali, biarkan wap nya hilang dengan sendiri nya baru di kacau nasinya.

Tips mengacau nasi biarlah dari dinding dalam cooker ke tengah untuk mengelakkan dari nasi tu patah dan tak cantik 



Green Curry dah jadi white curry sebab kaknoor guna cili padi putih tapi tak kisah lah asalkan rasa nya tak lari, warna je agak pucat sikit..


Green Curry
Bahan-bahan:

§  2 sudu besar jus limau nipis
§  3 sudu besar sos ikan
§  1 sudu kecil gula merah
§  2 cawan santan pekat
§  1 batang serai di ketuk

Bahan Kisar
§  1 batang serai
§  7 biji cili padi hijau *boleh tambah kalau nak lebih pedas
   Kali ni kaknoor guna hampir 20 biji cili putih sebab cili hijau takde stok tapi nak buat jugak green curry last2 jadi white curry dan kaknoor tambah terung dan tomato nak bagi meriah sikit..

§  2 ulas bawang merah
§  5 ulas bawang putih
§  1 inci lengkuas
§  ½ cawan daun ketumbar * tak letak
§  ½ cawan daun kemangi * tambah 1/2 cawan lagi 
§  ½ sudu teh serbuk jintan puih
§  ½ sudu teh serbuk lada putih
§  ½ sudu teh serbuk ketumbar


Cara membuat:
1.    Dalam kuali besar masukan separuh daripada santan dan masak sehingga wangi dan pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
2.    Masukan separuh bahan kisar dan serai, kacau sehingga sebati.
3.    Buatlah sehingga habis santan dan bahan kisar yang di selang seli sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
4.    Masukan ayam dan sedikit air, sos ikan, gula merah dan kacau rata, boleh tambah garam kalau kurang rasa.
5.    Bila ayam sudah masak boleh lah masukan jus limau, kacau sekejab dan tutup api

6.    Taburkan dengan hirisan daun limau purut dan sedia 




Ulaman segar ni memang dah jadi wajib ada dalam setiap kali makan tengahari atau malam kat rumah kaknoor hari-hari, sebab Pak Haji Naim tu fav sangat dengan segala ulam ni, kadang tu malas nak keluar ambik kat luar, ulam carrot pun jadi jugak ni untuk Pak Haji asalkan nama nya ulam hahaha..

Kadang-kadang bila ada hari yang malas nak makan nasi, jadi kaknoor hanya masak mee goreng ke, mee rebus ke atau apa-apa jenis mee, tapi ulam dan sambal wajib jugak ada walaupun tak matching dengan hidangan haha pelik tapi benar kan!!



Alhamdulillah dulu-dulu kaknoor tak pandai masak nasi biryani, bila masak mesti lembek dan tak sedap lah, rupa nya beras dan cara basuh pun ikut step by step baru nasi kita cantik menarik dan sedap, sejak di perkenalkan oleh seorang anak kaknoor, jadi suka sangat, sebab kaknoor memang suka beras biryani yang panjang dan tak melekat, maka nya kejab-kejab masak biryani walaupun biryani polos tak de ayam tetap sedap dengan rempah biryani Ahmed jugak di perkenalkan oleh anak kaknoor sorang ni..


Biryani, Acar Buah & Green Curry // White Curry Memikat Selera Biryani, Acar Buah & Green Curry // White Curry Memikat Selera Reviewed by Unknown on October 29, 2018 Rating: 5

9 comments

  1. waduhhhhh, sedapnya nengok kan menu ni kak Noor

    nasi beriani ni kalau bg dana, lauk simple pun dh sedap sbb nasi nya mmg dh berempah kan
    geram nengok acar buah yg berwarna warni tuh... mengoda lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dana nasi biryani ni dgn telor goreng pun jadi jugak tkyh lauk hehe itu kes malas sngtlah tu

      Delete
    2. Itu je yang adapun dana tapi janji remph lengkap mmg sedap dah tu

      Delete
  2. Aduhai Kak Noor! Tergoda PH sampai lupa diet hah..hah... Nasi biryani kalau makan dengan kuah saja pun PH dah happy. Bukan main sedap. Nanti PH nak cuba masak acar buah. Ulam yang warna brown tu ialah daun muda pokok gajus, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh buat lupa kejab PH lepas tu baru start balik hehe
      Betul lah tu daun gajus pandaipun PH ni mcm melayu lah

      Delete
  3. Suami saya suka nasi briyani KN... Saya pulak yg jemu walaupun makan beli je bukan kena masak pun hahaha...
    Ohh itu tips dia ye KN nak dapat nasi yg cantik. Tulah kadang makan ansi briyani lembut je beras dia. Sedap. Buat sendiri tak jadi hahaha

    ReplyDelete
  4. Great post thanks for sharing it.

    ReplyDelete