Acar Buah Tak Cukup Syarat Pun Sodap



ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin untuk semua nya.
Kadang-kadang kalau dah teringin nak makan tu, bagi kaknoor lah memang tak sabar, baru ni jalan-jalan pasaraya, ternampak buat-buah kering, tak tau pulak apa nama buah tu, yang ada hanya dua jenis yang sesuai, disebabkan tak sabar nak tunggu buah yang lemgkap, kaknoor buat jugak lah, dicampurkan dengan bawang, halia rasa nya memang dah ada cuma tak cukup buah je, kalau nak tunggu semua buah ada ishhh mau meleleh air liur ni, sekarang ni alhamdulillah, walaupun tak cukup syarat tapi sangat sedap asalkan cukup rempah ratus tu isnya allah.



Resepi di bawah ialah yang asal yang cukup syarat, tapi yang kaknoor buat memang tak cukup syarat sebab dah teringin nak makan, hanya ada dua jenis saja buah kering, on jugak lah sebab dah teringin kan, kita yang buat dia kan....


BAHAN
 2 biji limau nipis direbus sehingga lembut campur gula dan garam sikit
Buah2 kering sukahati je nak letak, kat sini akak letak
Sedikit prun, limau kering, kismis
10 ulas bawang putih di belah dua
10 ulas bawang merah atau lebih di belah dua atau tiga
2 inci halia dihiris memanjang 
sedikit biji sawi dan bijan
1 sudu ketumbar yg sudah digoreng dan di mesin 
1 sudu jintan manis digoreng dan di mesin
1 sudu jintan putih di goreng dan dimesin
2 sudu cuka makan
2 sudu serbuk cili
3 sudu gula merah
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
5 biji cili padi


CARA
  • Buah limau yg sudah di rebus dibelah 4 *kalau tak suka isi nya boleh lah dibuang tinggalkan kulit nya,akak buang sikit lah supaya tak pahit sngt
  • Masukan 3 sudu minyak dalam periuk dan tumislah bahan hiris,bawang merah, putih, halia dan kulit kayu manis,  bunga cengkih dan bunga lawang jugak biji sawi
  • Kacau biarkan layu sekejab masukan bahan mesin jintan manis, putih dan ketumbar dan kacau selalu supaya tak hangus
  • Kalau perlu tambahkan sedikit air bersama - sama  serbuk cili  dan masukan bersama bahan tumis, kacau lah biar sebati
  • Kacau sehingga serbuk cili pecah minyak
  • Masukan buah2 an kering jugak limau yang telah di belah tadi.
  • Tambahkan cuka, air, gula merah dan garam dan bijan
  • Masak lah dengan api yang perlahan dan boleh lah di tambahkan dengan cili padi atau cili besar pada yang tak suka pedas
  • Tambahlah air kalau ia nya terlalu kering, acar ni lebih sedap kalau ada kuah sikit2
  • Dah cukup rasa masam manis pedas dan masin boleh lah ditutup api
  • Acar limau ni elok di biarkan semalaman baru di makan.



Kalau ada acar buah ni memang bertambah nasik, kalau tak percaya cuba buat yang sempoiii macam ni, memang terlajak laris nasik tau, di tambah dengan ikan pekasam goreng, fulamakkkk
TERANGKAT YOU...


Acar Buah Tak Cukup Syarat Pun Sodap Acar Buah Tak Cukup Syarat Pun Sodap Reviewed by Unknown on January 26, 2015 Rating: 5

28 comments

  1. kalau saya, mesti pilih yang manis-manis je buah acar tu..yg pedas letak tepi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ML tak suka pedas ni kan takpe banyak yg manis tuuuu

      Delete
  2. Sedapnya ... kecur liur pepagi nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dgn nasi panas mmg tak nampak tinge ni Nor kan

      Delete
  3. Replies
    1. Sue pun pandai ke makan ni ingatkan kami sja hehee

      Delete
  4. Assalam kak Noor..cantik menarik acar buah kak noor ni..
    Sy dapat makan acar buah ni bila pi kenduri jer..tu pun jarang2 dah tuan rumah hidang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Lina,betul tu klau tk kuatkan hati mmg tak terbuat sbb remeh temeh ni kan, tapi hati tu besaq nak buat jugak hahaha

      Delete
  5. Kakak suka acar buah ni Kak Noor tapi tak pernah buat utk makan sendiri.
    Biasa kakak buat ramai-ramai dibantu adik-beradik lain itu pun sebab nak ada majlis.
    Baca resepi Kak Noor ni aduhai teringin pulak nak buat sendiri. Bagusnya boleh simpan lama acar buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat ramai2 mmg tak terasa sngt susah payan membuat acar ni kan kakzakie..

      Delete
  6. Replies
    1. aduhhh mayang belum coba belum tau laaa sedap ke tidak nya..

      Delete
  7. acik suka sangat makan acar buah ni kak norr..biasa kalau pi kenduuri kawen memang tak lepas peluang makan ni..nak buat sendiri tak berani kak noor..takut tak menjadi sebab tak pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg agak rumit mmbuat ni acik, tak susah sngt pun cuma banyak kerja sngt mesti kuat iman baru dpt buat ni hahaha

      Delete
  8. Masa zaman muda riang dulu tak berapa suka makan acar buah.
    Ni dah makin berumur dah boleh masuk tekak dah terikut suami yang suka makan acar buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah diana, yg sedap waktu dulu skrg ni dah kurang jadi tak sedap lah pulak kan, tapi kalau acar mcm ni kak noor dari dulu masa muda suka sampai skrg ni hehee dah tk muda lagi ...

      Delete
  9. leleh tengok, teringat acar mak mentua saya.. mkn dengan nasi panas-panas sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun eny mmg mkan sampai tk nampak telinga tu kannnn

      Delete
  10. salam kak nor ..dah lama x makan acar buah,, biasa beli .. nak try jugak belajar buat hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak belajar buat sikit dulu wani, acar ni yg best wangi rempah tu menusuk ke hidung

      Delete
  11. Ohhhh sedapnya Kak Nor Acar buah ni, terkecur kecur dah ni. hihi...... Okje makan pun selalunya kat rumah org kawen jer haha.....Nama nak buat sendiri memang belum terbukak hati lagi Kak Nor hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Okje mmg ramai yg tk gemo nk buat acar ni tapi gemo sngt makan kannnn, kalau dekat nak anto ni kat umah kenduri nak suruh Okje makan haha

      Delete
  12. Wah sedapnya kak noor. Saya suka acar buah tetapi lebih prefer yang ada buah limau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah zila, kadang tu tak sempat nak tunggu stok limau, apa yg ada bantai jeee janji ada wangi2 acar

      Delete
  13. dpt mkn masa gi kenduri jer noor..nak btnya entah bila la...

    ReplyDelete