Masak Kasim Ikan Talapia Masakan Lagenda
ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera untuk semua nya, se awal jam 9 ni didapur dah beres, dah cuci pinggan mangkok bekas masak-masak, awal kan, hari ni kaknoor nak kongsi menu nostalgia dari kedah iaitu
Masak Kasim.
Menurut cerita nya, dulu di kedah ada lah seorang hamba ALLAH bernama Kasim, Isteri Kasim balik bersalin kat kampong, jadi lah tinggalkan Kasim sorang dan masak pun ikan bendang lah, ikan puyu masa tu memang banyak lah kat bendang. Dah masak letak lah kat bawah tudung. Entah macamana Si Kasim ni kena tembak dan meninggal dunia, Bila dah meninggal tu orang ramai pun naik lah keatas rumah Kasim, bila di buka tudung ini lah masakkan yang Kasim tu masak!!!!!
WALLAHUAKLAM tak tau lah cerita ni samaada benar ke tidak!! tapi menurut orang Kampong Sg Baru di Kedah tu macam tu lah ceritanya asal nama masak Kasim tu...
BAHANNYA
1 ekor ikan talapia dibersihkan, perapkan garam dan kunyit dan goreng.
15 biji cili padi merah dan hijau ditumbuk / kisar
5 ulas bawang merah tumbuk / kisar
sedikit belacan dipanggang dan tumbuk
2 keping asam keping
1/2 biji bawang besar hiris bulat
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa.
CARA NYA
1. Panaskan minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga beraroma.
2. Masukkan asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
3. Kalau perlu tambah sedikit air dan masaklah sehingga cili tu semerbak wangi.
4. Bila dah masak tambahkan bawang besar kacau rata dan curahkan kuah ni di atas ikan.
5. Boleh jugak di tambah belimbing buluh menggantikan asam keping, selera masing-masing.
6. Siap untuk di hidangkan bersama nasi panas.
Kalau ada ikan puyu baru betul masakkan Kasim, tapi disini takde ikan puyu jadi ikan talapia pun ok lah tiada rotan akar pun berguna, kata Mr. Karamsingh Valia haha
Masak Kasim Ikan Talapia Masakan Lagenda
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2015
Rating:
sedap nyer la haiii kak..
ReplyDeletekalau dpt ikan sungai mmg takde masakan lain selain dari masak kasim ni je Idzwa
Deletesadis cerita kasim tu ye kak....sampai di kenang2 masakan beliau, menyelerakkan pulak tu.
ReplyDeletebetul tu nasa, entah betul entah tidak cerita tu, orang tua2 pun dah tkde nak confemkan tang masakan dia mmg sedap sngt
DeleteYum yum....sedap ni...tengok gambar pun dah ngences... :)
ReplyDeletekakcik, biar gambar berbicara kan hahaa confem sedapp ni
DeleteSalam...makan dengan nasi panas2 yummy.
ReplyDeletetk payah lauk lain kalau masak kasim, ini je dah cukup Ton..waaalikumuslam lupa lah pulak
Deletedisebalik masakan ada kisah pembunuhan..
ReplyDeletetalapia ikan sungai sejati..yang sedap dan lemak..
betul tu yanty kesian kan si kasim tu penat2 masak orang lain makan dan dia pergi buat selama nya
Deletesinggah n follow back
ReplyDeletekeep in touch
sedapnya
thanks adinda Nur, insya allah sedappp yup keep in touch insya allah
DeleteAlahai Kaseeemmm! mati kempunan!
ReplyDeleteyelah sweetie, kempunan utk selama2nyaaa kesiannnn
Deletekalau pedas2 mmg ngancam adda mcm masak kasim ni
ReplyDeletefuhh..terliuq... ^,^
ReplyDeleteboleh try cik yaya mesti bertambah nasik.
Deleteada belacan ada cili ada itu ada ini... pehhh belum try lagi dah bole bayangkan sedapnya.... tengkiu sharing
ReplyDeleteSedapnya nmpk..kalau buat ni mesti suami sy suka..hihihi
ReplyDeletesdapnya..mmg terliur bca bhan2nya..
ReplyDelete