Kuih Nona Manis Yang Cantik & Sedap



ASSALAMUALAIKUM dan happy weekend untuk semua nya
HARI ni baru ada waktu untuk membuat kueh nona manis ni, dah lama teringin nak makan, sebab tertarik dengan kecantikkan nya hijau putih ni, secantik warna nya rasa nya seiring, sedap sekali, anak-anak kaknoor suka, mesti adik-adik semua suka jugak kan, jom salin resepi ni, yang kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, walaupun gambar nya tak secantik gambar dari blog Ita, tapi rasa nona manis dah cukup kak noor happy, insya allah ada waktu mesti nak buat lagi..





NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's

Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan

Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)


Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.



1 cawan tepung gandum


Walaupun agak rumit sikit masa membuat ni tapi rasa nya yang sedap tu buatkan kita hilang letih lesu, esuk hari minggu jom buat lagi!!

Kuih Nona Manis Yang Cantik & Sedap Kuih Nona Manis Yang Cantik & Sedap Reviewed by Unknown on January 24, 2015 Rating: 5

28 comments

  1. mmg nampak manis dan menyelerakan!! Nanti saya nak cuba buat lah

    ReplyDelete
  2. silakan cuba Eny mesti bertambah manis seri muka Eny hehee

    ReplyDelete
  3. Kak Noor,
    Seronoknya tengok! Sana sini dok tayang Nona Manis....
    Kak Noor pun dah try Nona Manis...
    Nina pun nak try dan dah simpan resepi dalam list tapi entah bila dpt buatnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninaaa, yalah Nina dah lama geram nak bernona manis, tapi masa belum mengiizinkan sibuk sngt maklum vvip kan hhaa, hari ni trcapai hajat di hati, simpan lagi sekali Nina resepi ni ok

      Delete
  4. Assalam akak.. rindunya kat kuih yg mak buat.. lama mak saya tak masak2.. dia dah malas nak kedapur, serah kat anak2 plak katanya.. tapi sayang anak dia pandai taip2 resepi kat blog tapi tak pandai nak buat betul2.. haha

    ReplyDelete
  5. waalikmuslam QA, yeke meh sini lah kalau dkt boleh kaknoor bagi sebijik dua, nampaknya anak2 mak QA kena pandai buat betul2 lah jgn pandai salin resepi je tau..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kreatif ikut orang punya resepi jugak ni MN..

      Delete
  7. alahai kak Noor... sedapnya... masha Allah... sesungguhnya dua hari lepas saya cadang nak buat nona manis, tapi akhirnyabterbuat seri mukaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nya pun lebihkurang dgn seri muka jugak kan Mie, anak2 pun rasa kata nya macam seri muka lah mak hahaa

      Delete
  8. Sedapnya...thanks kak Noor share resepi...ada masa boleh buat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Nik tak susah sebenar nya cuma lambat sikit lah bila buat ni

      Delete
  9. terliurnya tgk kak...nk try lah jugak tapi belum tentu jadi ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah JM study dulu resepi nya insya allah menjadi cuma agak lmbat lah sbb ada 3 bahan ABC tu

      Delete
  10. dulu pernah makan masa ke indonesia, dah minta resepi kt orang buat, tpi resepi dibuat pekasam jadi lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni jgn lah jadi pekasam lagi Diana, mg asalnya dari indon jugak dari nama nya kita dah tau kan

      Delete
  11. Salam noor...tgk rupa dah tahu mesti rasa dia sedap. Cuma agak rumit sikit sebab lapisan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam kakzai, mmg sedap sngt so far 2x buat dah tetap larisss oleh anak2 dan hubby, cuma nya rumit sikit lah

      Delete
  12. Nona manis, mesti sesedap namanya... Alahai, rumit juga cara nak membuatnya... Sy surrender awal2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rumit Nur tapi sedap tau tak rugi kita study resepi tu, kaknoor pun sebelum buat 2,3 kali jugak dok hafal resepi ni hee

      Delete
  13. Sedapnya kak noor..cheq da teringin nk buat tetapi tgk step cam susah jea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena amik masa baca dulu resepi cheqda insya allah bila faham senang lah tak rasa susah

      Delete
  14. Wah lama tak nampak kuih ni KakNoor.
    Terliur meleleh.

    ReplyDelete
  15. sedapnyaa kuih kak noor.... buat saya mengidam nak makan...hihi

    ReplyDelete