Kuih Bom/Onde-Onde Inti Paste Kacang Merah


ASSALAMUALAIKUM
NI menu minum petang semalam dan merangkap pagi ni jugak, dah lama teringin nak buat kuih bom atau onde-onde ni, tapi anak-anak tak suka sangat, sendiri buat sendiri yang makan, bukan apa diaorang ni tak suka inti kacang tu, pelik tapi benar, serumah tapi selera sangat berbeza, yang kaknoor ni suka sangat dengan kacang, tapi sorang pun takde yang nak join si tukang masak ni.  Kak noor cuba letakkan dalam 7-8 biji kuih bom ni dengan inti serunding ayam, rupa nya Pak Haji ni dulu yang kebas, sekelip mata haha
INSYA ALLAH lain kali kena tukar inti, letak ayam ke kentang ke totally derhaka dari inti sebenar.

Resepi ni kaknoor intai dari blog AZIE sebab bahan nya mudah dan dah ada kat umah, thanks AZIE akak letakkan resepi ni kat blog ya, halal tau!!!




Kuih Bom Inti Kacang Hijau

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.


Inti Kacang Hijau:
250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. 

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.


Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi. 


Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas. 

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri. 


Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.


Nota Dari Jurnal Resepi Bdaria:
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.



DAH lepas buat kaknoor letakkan dalam petiais dalam 3-4 jam, kemudian 1/2 jam sebelum goreng kaknoor keluarkan dan goreng ALHAMDULILLAH tak meletopsss macam BOM!!!


PASTE kacang hitam kaknoor beli yang segera ja pun, nak senang lah tu kan, buat doh je mudah kan!! sesekali ngelat jugak ni ..
Kuih Bom/Onde-Onde Inti Paste Kacang Merah Kuih Bom/Onde-Onde Inti Paste Kacang Merah Reviewed by Unknown on January 13, 2015 Rating: 5

19 comments

  1. wow enaknya..
    smlm anak pesan sruh bli kuih bom ni..tapi tak jual plk tempat biasa tu..
    anak2 suka sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulakkkk KM, kat sini anak2 tk suka tapi mak nya suka giler ni bommm ni

      Delete
  2. ohooo... itu rahsianya ye kak... tq for sharing!

    ReplyDelete
  3. salamssss akak, blog akak banyak ilmu memasak....tq boleh bg inspirasi utk buat bekal anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Mizaaa, sharing is caring dik, korek2 je lemari sini ya utk bekal anak2 heee maktok dpt pahala jugak tu

      Delete
  4. fuhh.. cantiknya..saya suka inti kacang kak..

    ReplyDelete
  5. ANak2 kak noor tak suka kacang hijau ke? Kalau saya mungkin tak minat sgt juga inti kacang hijau, tapi kalau kacang merah atau hitam tu suka la. cantik betul gmbr2 kuih bom kak noor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang semua jenis kacang tak suka Lyd, akak sorang je hantu kacang, tapi kalau inti selain kacang mmg ngap je diaorang ni, kita serupa lah suka kacang hitam//

      Delete
  6. Salam...kak zai pun kurang gemar kuih yang berintikan kacang. Lain dari tu laju aje hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak zai, boleh lah geng dengan anak-anak kat umah mmg tak suka langsung kacanggg

      Delete
  7. Salam. Rajinnya.. nampak sedap. Tq maktok iman ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam ummi Iman ya, maktok mmg terlebih rajin ni hehee

      Delete
  8. Acik pun suka sangat kuih ni noor..inti kelapa acik paling suka..tapi tak pernah cuba buat sendiri beli je

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera kita mmg tak sama acik, saya pulak tak suka kelapa hahah kalau kacang bagi lah kuih apa pun mmg sedap sajaaa, tk kishalah tu acik kan janji happy

      Delete
  9. banyak nya resepi makanan kt sini,, mesti nk cuba buat ni,, hihi

    tq singgah blog kita,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni dah lama faiza, itulah mmg agak banyak resepi cuma ada sesuatu masaalah baru ni jadi nya kena tutup blog lama buka baru lagi itulah, silalah cuba yang mana suka akak akan happy kalau adik2 semua try resepi disini

      Delete
  10. salam kak nooriah. done follow sini. terima kasih sudi ke blog saya www.arzmoha.com

    kuih fevret saya ni kak. menarik bulat jadinya. owh itu tipsnya. boleh kongsi dengan orang rumah :)

    ReplyDelete