Udang Garing Daun Kesum


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk semua nya, hari yang tersangat sibuk dengan aktiviti  tempahan segala macam, makan pun agak simple dimple lah, kaknoor nak kongsikan satu resepi yang jugak mudah untuk di masak dan sedap pulak di makan, dan kaknoor pasti ramai yang suka resepi udang garing daun kesum ni, jom tengok resepi yuk!!!






Bahan
500 gm udang

Bahan perap
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar tepung jagung & sedikit garam

Bahan cincang
6 ulas bawang putih
3 cam halia
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
1 tangkai daun selasih
1 biji bawang besar 
1 biji cili merah
minyak untuk menggoreng



Caranya

Kelar bahagian belakang udang dan bersihkan nya
Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebikkkurang 2 sudu besar sahaja.
Tumis bawang putih dan bawang besar dan halia sehingga agak garing
Masukan cili merah diikuti daun kesum,daun selasih dan daun kari
Sentiasa kacau supaya tidak hangus,goreng sehingga garing
Masukan semula udang dan gaul rata.



Pada yang ada udang kat dalam frezer tu boleh lah try resepi ni sangat mudah, kalau ada segala daun-daun di rumah no problem lah, lagipun udang ni rasa nya sedap dan wangi lagi tau dengan segala daunan nya, meratah pun sodap selain untuk makan dengan nasi..


Udang Garing Daun Kesum Udang Garing Daun Kesum Reviewed by Unknown on January 19, 2015 Rating: 5

21 comments

  1. Amboi! menarik sungguh nampaknya udang2 tu kak Noor, Patutlah sampai ke M'sia bau daun kesumnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak sampai malaysia sweetie, sbb kiri kanan kan ada bahu memang terbau lah tu hahaha

      Delete
  2. Salam kak noor....
    Kunjungan balas... thanks singgah blog saya...
    sedapnya udang.. tgk gambar pun dah meleleh ailio....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Nur, kalau dekat nak singgah bagi dua tiga ekor udang ni kesian alilio tuuu

      Delete
  3. Saya suka betul tengok resepi-resepi ciptaan kak noor..lain dr yg lain..kreatif dan simple..biasanya kalau terlampau bnyk rencah jd keliru deria rasa kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks utk Jeni jugak ya, betul tu banyak bahan jadi kelambabut deria rasa boleh confius jugak lidah yg merasa kannn

      Delete
  4. saya ingat daun kesam letak dalam laksa saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Nieda try mesti larissss anak2 akak suka sngt ni

      Delete
  5. saya sukaa sangat masuk kat dapur blog kakNoor ni..segala resepi sedap2 belaka... boleh buat menu lunch lepas ni cari kat blog kak.. thanks kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lina, singgah lah dapor kak noor di alu2kan selongkar saja mana suka alhamdulillah menu harian dirumah cuma kdg2 menu teringin jugak tu haha

      Delete
  6. Kak Noor... tumpang ratah sekor dua udang garing daun kesum tu ye kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat bukan lagi sekor dua sepinggan tu kaknoor kasi semua nya hamik je

      Delete
  7. mmg suka sgt udang..tapi baru2 ni macam kena penyakit garu2 plk...
    kena stop dulu lah makan..
    apa2 pun tgok lauk tu sgt menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor, kat rumah ni pun jugak yg garu2 tapi faham2 je siapa yg garu2 jgn makan udanglah, yg tak garu boleh makan sepuas nya hehee

      Delete
  8. salam kenal kak,tak pernah lagi buat resepi macam ni,nanti boleh la try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak dari kaknoor Siti dan thanks sudi follow akak nya, try sekali insya allah pasti akan ada ke dan ke3 heeh

      Delete
  9. MEnggoda betul udang kak noor ni... selalu org pakai daun kari kan.. daun kesum ni mesti sedap juga kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Eny tak percaya? mesti try dulu kat umah kaknoor banyak daun kesum, akri segala, campur semua nya bila buat mesti wangi sangat dan sedapppp oooo

      Delete
  10. cari udang esuk cik akak oiiii dan buat cam gini tau mesti larisss bangat ni

    ReplyDelete
  11. Oh bolehlah manafaatkan kesum dan kari yang tengah banyak sekarang.
    Thank you for sharing kakNoor.
    Mesti semerbak.
    Meleleh pula air liur mengenangkan.

    ReplyDelete
  12. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete