Lagi Tempahan Rainbow Cookies Awal 2015
ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi untuk semua nya, ceria kan hari ni dengan kaler-kaler rainbow yang menarik ni, walaupun reality nya kalau ada rainbow memang hujan panas kan, tapi untuk cookies ni berbeza sangat, kalau ada rainbow mesti bergumbira gitu dengan warna warni yang pastinya menarik selera nak makan terutama nya anak-anak, hari ni kaknoor sambong lagi tempahan rainbow cookies ni setelah dua hari coti-coti, untuk yang nak buat sendiri boleh lah tengok resepi kat bawah, dan pada yang malas nak buat tunggu nak mamam je boleh whatsapp kak noor untuk tempahan, tapi mesti lah awal seminggu ke dari hari nak guna tau!! sebab lately memang tempahan alhamdulillahhh...
Biskut Lidah Kucing Rainbow
Bahan
250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)
Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah
CARA
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga
sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow
5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8
6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.
7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Untuk orang Brunei yang nak menempah bolehlah whatsapp kak Noor
8739160 penghantaran akan di buat kalau cukup quota ok..
Apa-apa pun msg or wa lah pada yang berminat.
Lagi Tempahan Rainbow Cookies Awal 2015
Reviewed by Unknown
on
January 07, 2015
Rating:
xpernah mkn lagi biskut ni..:)
ReplyDeletebiskut paling laris tahun 2014 kat brunei Normi mesti cuba ni rangup tau
Deletebanyaknya dulang biskut ni..bila lah ataknya dapat merasa air tangan kak noor ni..
ReplyDeleteyanti, itu pun belum habis dulang di gambo sbb bila di timbang mmg sikit je dek oiii lagipun biskut ni nipisss
Deletemacam sedap jer heheh
ReplyDeletesalam kenal boleh jadi kawan?
sedap sangat danish aurora, boleh takde salah nya nk berkawan kannn
Deletesalam kak nor ,
ReplyDeletesaya memang tabik hormat pada sesiapa yg mampu ambil tempahan biskut ini.
pernah tangan saya kejang kejung sehingga tak mampu genggam
hihihi
cantik dilihat n dimkn tapi nak buat boleh sakit urat dibuatnya
silent reader..