Apam Gula Merah Menu Orang Lama Bersama Kelapa Bak Salju



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera pada semua yang masih sudi singgah disini, hari ni menu breakfast orang lama yang jarang di buat, tapi memang sedap pada tekak orang yang suka, apa lagi kalau kelapa nya fresh putih bak salju tu kan memang menyelerakan, seketul memang tak cukup gerenti punya tu kan...







BAHAN NYA

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka diracik halus
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • 3/4 cawan air
  • secubit garam dan kelapa  parut
CARA NYA
  • Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula melaka larut dan sejukan.
  • Larutkan yis bersama dengan 3/4 cawan air, kacau sehingga yis tidak berbiji
  • Masukan campuran gula melaka dan gula putih, campurkan larutan yis kedalamnya dan kacau
  • Akhir sekali masukan tepung dan secubit garam dan kacau supaya tidak berbiji.
  • Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehinga naik 3x ganda
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah dilengserkan dengan marjerin.
  • Kukuslah sehingga masak selama 30 - 35 minit
  • Sejukan dan gaul lah dengan kelapa parut yg sudah di gaulkan sedikit garam..



Macamana orang-orang muda mesti kurang suka dengan apam ni kan, apa-apa pun tak kisahlah tu memang tak dapat nak puaskan hati semua orang kan, jadi yang mana suka sila lah jamu mata saja pun kan hahaha...


Apam Gula Merah Menu Orang Lama Bersama Kelapa Bak Salju Apam Gula Merah Menu Orang Lama Bersama Kelapa Bak Salju Reviewed by Unknown on January 20, 2015 Rating: 5

29 comments

  1. adehhh kak nor sedapnya... mak saya dulu pn mmg suka buat apam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah Mayang, mak mak saja yg suka buat ni, anak anak rasa nya tak pandang kan heehe

      Delete
  2. Replies
    1. senang je Anum boleh try anytime mesti larisss

      Delete
  3. Replies
    1. yalah ML kuih ni lembut mmg sesuai sngt dgn orang yg dah tak muda macam kaknoor ni hee

      Delete
  4. Kuih lama-lama ni lah yg sedap kak Noor. Kebanyakan resipinya simple dan mudah... rasa pun sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah sweetie tak uas ank duudk lama2 kat dapur jadi make it simple dan sedap kan haha

      Delete
  5. menangis tengok entry ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiii Ida kaknoor pun sedih jugk ni kalau u nangisss :(

      Delete
  6. kueh legend ni...rindu nak makan apam buatan arwah tok mak...sedap lembut..terasa gula merahnya...yan ambik resepinya kak noor..senang sukatan cawan mudah faham :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Yan kueh orang tua2 ni mmg legend dan sedappp amik jgn tak amik dan buat tau jgn amik simpan resepi tak jadi jugak

      Delete
    2. dah buat ptg ni :-)) ..terima kasih banyak kak noor...blog ni salah satu blog yang bagi idea kepada suri rumah macam yan ni...malam ni makan kueh apam aje...murah rezeki kak noor...amin..

      Delete
    3. WAH yeke ni Yan, alhamdulillah semoga murah rezeki Yan jugak yaaa aameenn. kenyang ke tu makan apam saja hehee

      Delete
  7. Assalam kak noor,
    salam perkenalan yer
    waaaaaaaa...iols suka betoi kueh ni
    tapi sekarang ni susah nak cari yang sedap kat penang sob3
    pa pun kalo akak sudi, jemputla singgah & join blogs iols jugak yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam Sha..salam ukhwah jugak dari kaknoor utk orang penang ni
      lepas ni kaknoor jenjalan naaa tapi kalau nak join tk reti sngt ni heee

      Delete
  8. Replies
    1. KM, kalau dekat mesti kaknoor bagi seketoiii dua ni

      Delete
  9. Replies
    1. Scdha, orang balik jenjalan mmg lapo sngt ni kannn kuih2 lama ni

      Delete
    2. Teringat dulu mak selalu buat kuih nih...

      Delete
    3. yalah Scdha kuih orang lama ni memang tak boleh lawan kuih skrg kan simple dan sedap kenyataan betul tak??

      Delete
  10. Sedap walau pun orang muda tak suka. Dapat pulak kelapa tu fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 sehari kaknoor terpaksa masak dua jenis kuih Zai utk orang tua dan utk orang muda jadi diaorang boleh pilih ja mana yg suka

      Delete
  11. Apam oh apam..kalau nak banding mana yg lebih sedap? Pada tekak saya dh tentu la apammmm.. Tk muak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak syak lagi JE apam mmg kegemaran ramai kena pulak dngn tekak yang kurang muda ni haha

      Delete
    2. Saya pn dh senja kak noor..entah2 saya yg lg tua drp kak noor..hehe

      Delete