No Bake Marie Cake So Yummy
ASSALAMUALAIKUM
Salam jumaat untuk semua nya, semoga hari ni lebih baik dari semalam, biarlah semalam yang berlalu dengan seribu kenangan pahit dan manis, mulakan hari ni dengan ucapan yang baik-baik pada semua yang kita jumpa, jangan ada dendam dihati. Insya ALLAH hati kita akan tenang.
Menu hari ni yang kaknoor nak kongsikan ada lah dessert yang sangat simple cuma perlukan beberapa bahan je, dan tak perlu dimasak just masukkan dalam petiais je, jom tengok bahan nya jom!!
BAHAN NYA
1 peket biskut marie perisa apa-apa saja
1/4 tin susu pekat manis atau ikut kemanisan sendiri nak lebih or kurang
2 tin nestle cream
1 biji mangga di potong dadu atau cocktail pun ok
CARA
Campurkan nestle cream dan susu manis dalam satu bekas dan kacau biar sebati.
Sediakan bekas atau loyang ratakan dengan campuran susu dan cream ni .
Susun kan marie di atas campuran tadi, kemudian letak cream dan ratakan, marie lagi dan buatlah sehingga penuh loyang atau sehingga cream tu habis, letakan potongan mangga di atas nya, susun ikut kreativiti.
Dah siap masukan dalam petiais selama beberapa jam baru lah dipotong, taburkan icing sugar jika suka dan di santap.
WALAUPUN SANGAT SIMPLE DAN SIKIT JE BAHAN DIA TAPI RASA NYA SANGAT SEDAP , SESUAI DIMAKAN BILA2 MASA SAJA PAGI TENGAHARI PETANG MALAM
SELAGI BELUM HABIS HAHA.....
SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK SEMUA
Boleh jugak letakkan dalam bekas yang kecil supaya kita tak payah potong, nak makan lebih senang, kita yang buat dia kan terpulang lah, pilihan di tangan sendiri.
No Bake Marie Cake So Yummy
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2015
Rating:
sedapnya
ReplyDeletedapnye
ReplyDeleteala2 lapis marie cheese ni k.noor. tapi yang ini letak mangga. saya suka! no bake pulak tu. senanggg..lagi saya suka! hehe
ReplyDeleteinsyaAllah nak cuba nanti :)
sedapnya.. tengok buah mangga tu lagilah tergoda...
ReplyDeleteSalam kak, 2 nestle cream tu berapa cups & ml yer? :DDD
ReplyDeleteMacam sedap je macam cntik je kak hehe..
ReplyDeleteFollow juga akak :)