Azam lah konon - konon
Assalamualaikum dan salam 1 january untuk semua nya, tahun 2015 yang biasa-biasa saja tak ada apa yang istimewa, cuma tahun ni rasa nya macam nak jadi petani lah pulak hahaha, sekarang ni kaknoor sedang gigih kumpulkan herba-herba yang ditanam disekitar rumah, disamping memasak untuk family, jika nak guna daun kesum ke, selom ke, kemangi, lemuni, rosemary, oregano dan banyak lagi tak payah nak beli, petik je yang fresh dari kebun kan.
Untuk jadikan kawan dengan herba tu kaknoor jugak tanam perbagai jenis cili, scotch bonnet, capsicum dan cilipadi putih biasa tu, best jugak dah jemu tengok bunga-bunga kat rumah, ditahun baru ni biarlah berwangi-wangian dengan herba -herba pulak kan.
Ni idea dari pinterest, lepas ni takde alasan takde ruang untuk tanam pokok2 herba kan hahaa, pokok nya rajin je kan, idea yang sangat bagus untuk di ikut.
Azam lah konon - konon
Reviewed by Unknown
on
January 01, 2015
Rating:
Bagus tu Kak noor..taman sendiri bagus..x payah beli..jimat sikit kan :)
ReplyDeleteSeronoknya ada kebun dan taman herba macam ni kan Kak Noor. Kalau tengok di Pinterest, macam-macam ada :)
ReplyDeleteSemoga azam Kak Noor akan tercapai. Selamat tahun baru!
seronok berkebun kan kak noor? semoga istiqoamah ngan azam baru akak tu
ReplyDeleteboleh jimatkan belanja dapur,
ada lebih bagi kt jiran, tambah-tambah pahala....amin
selamat tahun baru kak noor..tanam sendiri tak da sembur racun serangga..lbih selamat dan segar..
ReplyDeleteSelamat menjadi petani ya Kak Noor! Selepas jadi penulis buku resipi, mana tahu lepasnya ni jadi pengusaha herba2 pulak kan.
ReplyDelete