Fettucini Salmon Carbonara Yang Sihat
ASSALAMUALAIKUM dan salam hari sabtu dan salam maulidur rasul lah pada semua,di Brunei masa ni masih lagi bercuti jadi memang cuti panjang campur cuti new year + maulidur rasul, esuk hari minggu, memang cuti berabis tu kata orang Brunei kan, tapi pada semua tukang masak, cuti macamana pun sama saja kan masak tetap masak, hari ni nak tayang pasta carbonara pulak, ada tak suka ni, jom tengok resepi, senang je pun kalau ikut cara kak noor.
BAHAN
1 bungkus fettucini di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
2 keping ikan salmon di hiris nipis dan di buang tulang nya
2 tin susu cair * kalau family kecil boleh dikurangkan
sedikit brokoli di hiris dan di celur
sedikit carrot di hiris dan di celur
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
CARA
- Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
- Bila dah agak wangi boleh lah masukan susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
- Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula.
- Akhirnya masukan ikan salmon dan sayur brokoli dan carrot, masak sekejab saja sebab salmon tak perlu masak lama nanti takut isi nya hancur.
- Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit fettucini dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan hidangan ini sedia utk disantap.
- SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 KAK NOOR SEMUA YA..
Amacam!! ada tak yang suka ni, kalau suka sila lah masak rasa nya bahan-bahan asas tu memang sentiasa ada kat umah kan, jom nak mamam ni...
Fettucini Salmon Carbonara Yang Sihat
Reviewed by Unknown
on
January 03, 2015
Rating:
salam maulidur rasul kak
ReplyDeletewahh...menyelerekan! lapar dibuatnya =)
anyway saya membalas kunjungan n done follow sini #52
terimakasih yanani hehee boleh kan kaknoor panggil cenggitu, thanks jugak sudi follow me ya
DeleteErm..yummy..sedapnya Kak noor..jadi lapar wana tengok..
ReplyDeletehai wana, kalau wana jiran pasti kaknoor bagi rasa ni sure!!!
DeleteSerba boleh betul la kak noor ni...terliur nengok
ReplyDeletealahai cheqda yang simple dimple je pun yg kaknoor boleh buat
DeleteTengok pun dah tau sedap..akak org Brunei rupanya. .
ReplyDelete