Kali Ke2 Petik Cili Di Mini Kebun & Sambal Goreng Tanpa Belacan


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya adik-adik bloggers yang sudi bertandang disini, menu hari ni kaknoor nak kongsi ialah menu simple yang mesti ada di setiap rumah ketika makan tengahari atau malam, sambal goreng takde belacan. Memang lajak giler makan nasi kalau ada sambal ni bersama ulaman fresh mresh, nak lebih sedap kena tumbuk lah selepas di goreng, tapi kekadang agak kureng rajin kan, jadi blender je kejab, jangan lama pulak nanti hancur sangat hilang rasa sambal yang ala-ala tumbuk ni...
 Resepinya olahan sendiri ikut suka hati janji sedap..







SAMBAL GORENG IKAN BILIS + ULAMAN

Bahan-bahannya

10 biji cili Thailand merah tambah scotch bonnet
10 biji cili Thailand hijau 
1 inci belacan tak letak belacan boss alerjik
½ biji bawang besar hiris
2 ulas bawang merah hiris
sedikit ikan bilis
1 sudu air asam jawa pekat
Sedikit minyak, garam dan gula

Cara memasaknya
1.    Panaskan sedikit minyak, goreng cili merah, hijau, bawang besar dan bawang merah dan bilis sehingga wangi dan layu.
3.    Bila dah layu dan masak angkat dan toskan.
4.    Masukan dalam blender kering dan kisar sekejab.tumbuk pun sodap
5.    Kalau lama sambal ni akan terlalu hancur.

6.    Tambah garam, gula dan air asam, sambal goreng sedia untuk di hidangkan bersama ulaman apa saja.





Ada yang teruja tak tengok my scotch bonnet yang pedas giler tu??
Yang takut pedas memang di galakkan sediakan air banyak-banyak sebelum menjamah sambal ni.
Tapi ada fakta menyatakan kalau makan pedas boleh KURUS TAU!!!
Jadi jom pakat-pakat makan dan pakat-pakat kurus mulus selepas ni..


Kali Ke2 Petik Cili Di Mini Kebun & Sambal Goreng Tanpa Belacan Kali Ke2 Petik Cili Di Mini Kebun & Sambal Goreng Tanpa Belacan Reviewed by Unknown on January 22, 2015 Rating: 5

10 comments

  1. yan tak boleh mkn pedas :-(( gastrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe kalau yanty buat letak cili besar pun ok ya

      Delete
  2. Kak Noor saya nak beri nama sambal ni... Sambal bilis cili antarabangsa. Sebab ada cili Thailand, and scoth bonnet yang benihnya di bawa dari UK... blehhh!

    ReplyDelete
  3. Kadang2 saya rasa nak tergelak baca celoteh kak noor..ada je ayat kelakor sokmo..

    ReplyDelete
  4. Kalau ada ni mesti bertambah-tambah nasi.

    ReplyDelete
  5. entry ke 2 baca
    kak entry lain makanan juga ke kak
    mau meleleh air liur ni nanti

    ReplyDelete
  6. kak noor ni mmg pandai masak lah pastu pandai gak deco2 nih

    ReplyDelete