Aiskrim Jagung & Crispy Almond


Assalamualaikum dan salam maghrib untuk adinda-adinda semua.  Walaupun badan kurang selesa tapi selera tetap nak makan macam-macam hahaa, termasuk lah crispy almond ni yang di gandingkan dengan aiskrim apa saja lah yang ada kat dalam frezer tu, coklat ke jagung ke, yang ni aiskrim jagung je yang ada so layan je lah sejuk-sejuk dan ranggup sedappp sangat, tak percaya!! kena try sendiri lah.





Bagi yang nak buat sendiri Crispy Almond tu boleh lah tengok resepi kat bawah ni ya, tapi untuk Bruneian memang payah sikit lah nk dapatkan tepung florenta tu, sementara stok tepung masih ada kalau ada yang teringin nak makan boleh order dari kak noor, insya allah while stock last ya haha..





Bahan-bahannya

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci 
20 gm bijan ( putih + hitam )

Cara membuatnya.
1. Badam dan kuaci di panggang sekejab dalam oven pada suhu 160'C selama 5 - 10 minit
2. Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Sebenarnya boleh jugak kita bakar dalam loyang, tapi kak noor masukan dalam dulang muffin yang ada 12 lubang tu, sebab kurang rajin nak potong masa panas-panas tu ..
4. Bakarlah pada suhu 160'C selama 10 - 15 minit.
5. Dah siap florenta cookies ni sedapppp sangat haha

KAK NOOR memang suka apa saja yang berunsurkan kekacang ni, tambahan yang ni ranggup adussss, kalau dah habis pasti nak buat lagi sebab tepung masih berbaki heee




Memang nikmat makan Crispy Almond dengan aiskrim jagung ni tengoklah tu macam-macam bijirin ada kat atas tu kan hahaha....


Aiskrim Jagung & Crispy Almond Aiskrim Jagung & Crispy Almond Reviewed by Unknown on January 03, 2015 Rating: 5

6 comments

  1. mesti best makan aiskrim dengan crispy tu kan kak noor..ermm...nyum2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 best wana i like kacang hahahaa apa pun nyaman ja..

      Delete
  2. Belum rasa, tengok sahaja da sedap kak Noor. Menjejes terus ayaq liuq..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiii aishah sian nya sbb dah menjejes lah pulak, sayang lah nak anto pun cayaq lah haha

      Delete
  3. First time dengar tepung florenta ni..good sharing kak noor!Kalau gi supermarket nak cari lah..

    ReplyDelete
  4. yan ada buat macam kak noor ni..tapi dia tak bersatu..mungkinkah florenta nya sikit sangat...tak tahu sebab apa

    :'-C

    ReplyDelete