Karipap Pusing Lagi & Lagi


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, dah petang kan seharian dok buat karipap ni, lagi tempahan dari kawan-kawan tahun lepas haha, ujung tahun lepas kan sebenarnya, tuan tanah pun bila dah siap tu tak sabar jugak nak makan, jadi sebelum bagi orang makan baik tuan tanah makan dulu kan apa-apa pun sendiri yang complain nanti sedap ke tak sedap ke kan...

Resepi ni dah selalu kak noor guna jadi memang terbaik lah boleh adik-adik blogger yang lain kalau nak cuba ya, pun akak sekodeng dari blog SHEILA jugak, memang terbaik resepi chef Sheila tu.






BAHAN DOH A1 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung jagung2 sudu besar veg shortening2 sudu besar marjerin

BAHAN DOH B2 cawan tepung gandum1/4 cawan minyak jagung1 sudu kecil garam atau secukup rasa1/2 cawan air anggaran



CARA MEMBUAT NYA
Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana  tebal . Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong 6 - 8, sebenarnya kalau kita potong terlalu nipis, lapisan yang terbentuk tak banyak lapis nya, tapi kalau kita potong lebih tebal lapisan nya lebih cantik, tapi jangan pulak terlalu tebal, masa menggoreng nanti agak lambat dan tak ranggup, jadi sedang-sedang lah saja bila potong tu asalkan cantik susunan lapisan nya.  Seperti biasa buat karipap lepas di potong tu di gelek sekejab untuk nipiskan nya dan letaklah inti karipap, tutup dan klimkan lah cantik-cantik, kalau kita nak frozenkan karipap ni elok di panggang dulu untuk keraskan sikit karipap ni senang nak packing, tapi kalau untuk makan biasa boleh lah terus di goreng sehingga kekuningan dan masak, angkat dan boleh lah di nikmati bersama kopi atau oren atau apa saja pilihan.


 BAHAN INTI
7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil1 dada ayam atau daging di potong kecil3 sudu besar rempah kari daging 1 sudu serbuk cili1 labu bawang besar dipotong dadu1 tangkai daun kariGaram dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR1 labu bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia
CARA Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing duluDiikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak

Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempahSesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api





Lepas ni baru tidur lena sikit sebab semua dah beres yuk minum dulu yuk!!!


Karipap Pusing Lagi & Lagi Karipap Pusing Lagi & Lagi Reviewed by Unknown on January 02, 2015 Rating: 5

10 comments

  1. Sedapnya kak noor.. elok cantik bentuk pusingan karipap tu kak noor.. rasa nak ambil satu jer.. ngap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sendiri buat sendiiri yg kata sedap Yati ahahaa boleh lah kan

      Delete
  2. jup lagi yan datang rumah...air teh o buat sekali...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu punya tunggu punya tunggu tkde pun dtg yanty hahaha kenyang kaknoor makan sowang

      Delete
  3. Cantiknya kejadian karipap..nak datang umah kak noor bleh? Minum petang sana..hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 BB ur welcome everyday kaknoor masak boleh dtg je heheheeee

      Delete
  4. SELAMAT TAHUN BARU KAK NOOR..karipap ni mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru jugak utk adda alhamdulillah so far so good

    ReplyDelete
  6. amboi canteknya lapih dia.. nak sikit.. :b

    ReplyDelete
  7. alahaii jatuh cintaaa...
    fevret sy ni...hehe
    nampak cantik dan sangat berselera la karipap ni.. ^-^

    ReplyDelete