Antara Menu Kantan & Khasiatnya Yang Banyak
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni kaknoor hanya nak kongsikan cerita bunga kantan je yang banyak snagat kat umah kaknoor masa ni. Kalau ada sesiapa yang nak boleh lah datang ambil sendiri kat umah ya..
Macam-macam saiz bunga kantan ni, yang ni dah kembang sangat tapi masih boleh di gunakan.
Yang ni yang sedang kembang memang best guna kantan masa ni masih lembut.
Yang ni time kantan remaja lah memang sedap giler ni buat ulam masa ni
Ini pulak macam baby kantan lah belum sangat ada isi nya masih lembut, tapi kalau time takde kantan memang berguna jugak ni.
Dan yang di bawah ni gugusan kantan di umah kaknoor, baru belah kiri tu, yang kanan belum lagi, kang jemu pulak dok tengok kantan je kan ahhaa
Jom tengok khasiat kantan ni banyak lagi sebenarnya, ini antara nya lah:
1. Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik utk kesihatan.
2. Antioksida yg terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang utk mendapat penyakit barah.
3. Bunga kantan jugak di katakan dapat menyekalkan awet muda.
4. Ianya jugak mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka.
5. Air rebusan bunga kantan yang suam boleh di gunakan untuk membasuh luka.
Jadi jangan tunggu lama-lama untuk menggunakan bunga kantan dalam masakan kita seharian, banyak sebenarnya menu yang menggunakan bunga kantan ni antara nya yg pernah kaknoor masak ialah
Rasanya banyak lagi menu-menu menarik menggunakan bunga kantan ni kan, jom sama-sama sihat bersama bunga kantan ni, kalau takde bunga kantan meh ambik kat umah kaknoor, sedang banyak ni, ada yang dah tua tak sempat nak masak, yang muda masih kuncup pun banyak ni.
Yang ni pulak kantan yg telah tua sangat, kaknoor memang tak pakai dah kalau jadi macam ni, ada yang tau tak nak buat apa dengan yang tua ni??
Antara Menu Kantan & Khasiatnya Yang Banyak
Reviewed by Unknown
on
May 18, 2015
Rating:
saya kalau buat kerabu suka campur bunga kantan...
ReplyDeletexder kantan asam pedas n laksa kurang harum roma masakannya...cantik juga jaddi hiasan laman.
ReplyDeletecantiknya laman kak.
ReplyDeletewarna warni
suka makan kantan. terutama dlm laksa
buat kerabu pun sedap
Kalau buat kerabu campur bunga kantan ni memang terasa sangat kesegarannya sebab tak dimasak kan..
ReplyDeletebest masakan klu letak bungan kantan..:)
ReplyDeleteKakak suka bunga kantan ni Kak Noor.
ReplyDeleteTak kiralah dlm masakan macam nasi kerabu atau nasi goreng pun sedap
Aroma yg keluar dari hidangan itulah yg membangkitkan selera
kat rumah saya ada juga tanam bunga kantan tapi saya cuma suka masukan dlm asam pedas atau kerabu je,lain saya tak gemar.Tak tau pulak banyak khasiat bunga kantan ni...terimakasih kak noor share.
ReplyDeletebuat laksa taruk bunga kantan jugak..bagus gak tanam bunga kantan kat rumah, harga agak mahal kat pasar.
ReplyDeletecantiknya bunga kantan..taktau pula banyak khasiatnya yee..kat mana rumah kak noor meh saya p hehehehe
ReplyDeleteTambah satu lagi, masak lemak cili padi ikan sembilang/keli bunga kantan... Menjadi betul pokok kantan kak Noor ya... kalau beli kat pasar RM2.50 setangkai.
ReplyDeleteishh...kalau JM berjiran dengan kak Noor...siaplah...x sempat berbunga kantan tu JM pegi minta ehehehe
ReplyDeletesuka cium bau bunga kantan...membuka selera
ReplyDeleteSedap ni..buat laksa atau asam pedas..meleleh air liur teringat.. :-))
ReplyDeleteKak Noor. kawan saya berniaga laksa dan laksanya memang sedap..satu rahsia dia share ialah blend baby kantan tu bersama dengan bahan laksa yg lain..
ReplyDeletesemua menu kak noor yg atas tu saya memang buat..
ReplyDeletekecuali sambal bilis tu.. br 1st time tau.. boleh la cuba nih! tq kaknoor :)
juga cantik warnanya...
ReplyDelete