Banoats Bakar Yang Sedap & Sihat Hilangkan Kolestrol


Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua nya.  
Rasa nya ramai yang mengalami masaalah kolestrol kan!! termasuk dengan kaknoor jugak, jadi bila jumpa doktor mesti dia sarankan makan oats dan sekutu nya kan, 
Pernah kaknoor makan dengan campur air panas dan sedikit susu tapi macam tak boleh nak jalan lah, jadi anak kaknoor mereka why not kita bakar je oats tu mak! terpikir jugak ada benar nya, sebab kalau dah jadi biskut kering macam ni mesti ada rasa nak makan, tambahan di letak dengan pisang dan kacang sedap dan berkhasiat tau! jom tengok resepi bodo-bodo kaknoor ni..




Bahan nya
Beberapa bungkus oats segera samaada yang coklat atau biasa
Beberapa biji pisang masak
Kekacang apa saja pilihan, kaknoor guna pistachio
Cawan kertas secukup nya.

Cara nya
Masukkan oats dalam bekas besar,  tambahkan dengan pisang dan gaul sebati.  Kalau suka letak kekacang dalam adunan pun ok, tapi kaknoor letak kekacang hanya di atas nya saja.  Bila dah sebati, sudukan didalam cawan kertas, boleh letakkan hirisan pisang di atasnya, atau di letakkan kekacang. Panggang lah sehingga masak lebihkurang 20- 30 minit dengan suhu 150'C.  Memang sedap dimakan macam ni daripada makan masukkan air panas tu, bagi akak lah, jadi siapa yang suka boleh lah tiru ya.  Memang bagus makan oats boleh hilangkan kolestrol dan mudah ke jam***



Nak tau Banoats!!
Mesti lah banana dan oats kan...



Yang letak pistachio pun sodap, I like lagi banyak pistachio lagi best.



Mula-mula kaknoor buat guna pisang je, lepas tu dah sedap, esuk nya lagi buat lagi guna pistachio dan pisang lagi, ini menunjukkan sedap lah tu kan, dan akak guna acuan muffin supaya lebih besar hahahaha


Banoats Bakar Yang Sedap & Sihat Hilangkan Kolestrol Banoats Bakar Yang Sedap & Sihat Hilangkan Kolestrol Reviewed by Unknown on May 01, 2015 Rating: 5

12 comments

  1. banoat ya noor bukan pioat..pisang oat..heh..heh..

    ReplyDelete
  2. 1 mei...hari ni cuti ! hehehe..syira singgah jenjalan sini :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum noor
    wah sedapnya..
    bhn ada boleh bt nti....

    ReplyDelete
  4. Salam K. Noor. Resipi yang sangat bijak. Menarik dan sedap. Confirm berkhasiat. Tak perlu perasa tambahan sebab pisang dan kacang dah beri cukup perasa. Lagi pun, untuk mereka yang sibuk, boleh bakar malam dan esoknya ngap2 sambil memandu jer. Kenyang dan menyihatkan.

    ReplyDelete
  5. saya pun tak jalan makan oat dgn susu ..kalau buat mcm ni mesti berketul-ketul mkn..

    ReplyDelete
  6. kreatif sungguh Kak Noor ni,padanlah ramai peminatnya pun!..

    ReplyDelete
  7. wow, love these cute little treats. :) have a nice weekend

    ReplyDelete
  8. wow, love these cute little treats. :) have a nice weekend

    ReplyDelete
  9. Idea bagus noor tentu bertambah sedap bila dicampur dengan pisang, kekacang dan sebagainya.Tq.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh...sesuai utk minum petang kala tetamu dtg kan...

    ReplyDelete