Kerabu Mangga Kantan Bilis Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya.
Dah dua hari menu kak noor, asyik seafood saja kan, udang lah kerang lah. Hari ni nak yang masyam-masyam pulak, potong kolestrol ni.  Sekarang ni kan musim mangga jom kita buat kerabu mangga pulak!! Kerabu ni sedap jugak diletak kacang goreng tumbuk, tapi boss dalam umah tak suka kacang jadi kaknoor tak letak lah.  


Bahan nya
Mangga muda secukupnya di cincang
Bunga kantan di hiris kecil 
Bilis goreng ranggup
Cilipadi/cilibesar tumbuk
Serai di hiris kecil
Sedikit jus limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara nya
Gaulkan semua bahan kecuali bilis goreng, rasa lah masam manis nya, hidangkan dan taburkan bilis goreng, sedia untuk dimakan atau di ratah begitu sahaja, menu buang kolestrol pulak ni haha.

Kuantiti terpulang lah pada selera masing-masing nak banyak ke sedikit ya ~  kantan banyak lebih wangi ~ bilis banyak lebih sedap ~ cili padi lebih sedap sebab pedas ~ serai hiris lebih halus lebih sedap sebab tak terasa sangat bila gigit tu ~ 


Siapa ada pokok mangga yang sedang berbuah sekarang ni?? cepat pi jolok ambik yang muda ni hiris-hiris buat kerabu memang sedap meratah, dapat lah potong sikit kolestrol yang banyak kita makan semalam tu kan balance lah haha


Kerabu Mangga Kantan Bilis Goreng Kerabu Mangga Kantan Bilis Goreng Reviewed by Unknown on May 12, 2015 Rating: 5

19 comments

  1. sedap... kecur air liur tgk gambar je...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan benda ni... sedap tuh

    ReplyDelete
  3. suka masakan yang ada bunga kantan ..wangi....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak nor. kerabu mangga nih memang favourite.

    ReplyDelete
  5. ada 2 biji mangga kat umah tu...boleh la cuba resepi kak noor ni

    ReplyDelete
  6. suka sangat ni.. klu makan kat kedai makan, ada ni mmg ambik.. biasa jumpa yg dorang wat letak kacang, manis, tak pedas.. kurang sedap kan klu xberapa nak pedas ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Kalau tak ada pokok pergi kat pasar tengah musim sekarang ni KakNoor.
    Kakak memang kalau tengok gambar resepi KakNoor buntang mata - selera terus terbuka tau:)
    Kena pulak mangga ada bunga kantan memanglah sedap!

    ReplyDelete
  8. Siap ada bunga purple tu lagi - tambah berseri tau:)

    ReplyDelete
  9. kecur air liur sy ngok kerabu mangga ni kak noor..hihihi

    ReplyDelete
  10. Yummy...menggoda betul.Makan tanpa nasi pun sodap hehe...

    ReplyDelete
  11. ni fav saya juga..kalau pergi makan di chicken rice shop...mmg terbaik..hahaha..semuanya favourite

    ReplyDelete
  12. masam2 mangga jadi kerabu mmg sedap...

    ReplyDelete
  13. kecur air liur nengok mangga tu kak noor.ni yang gigih nak buat juga ni

    ReplyDelete
  14. nyummm...kecur air liur kak..hihi..suka makan kerabu mangga ni cecah ikan goreng :)

    ReplyDelete
  15. Sedapnya la Kak Noor..sabtu ni nak cari mangga muda lah..kecur dah ni

    ReplyDelete
  16. CT penah try goreng ikan blis dan tumbuk sparuh hancur..
    bila nak hidangkan baru tabur.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. sedap nih kerabu mangga.. siap ada ikan bilis goreng lagi.. dalam masam ada masin dan rangup..

    ReplyDelete
  18. ishh...sib baik dh mkn mlm..jika tak nyesal tgk nih

    ReplyDelete