My Bruschetta Muffin Simple & Sedap
ASSALAMUALAIKUM
Salam jumaat yang berkat untuk semua nya.
Terimakasih kerana setiap hari masih ramai yang sudi meriahkan blog ni
Kak Noor ucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga
INsyaALLAH kunjungan kalian akan dibalas, lambat dan cepat je
Biasa lah kesibukan kita berbeza kan, ada yang sibuk pagi
Ada jugak yang sibuk petang
INSYA ALLAH jika berpeluang kaknoor akan mengunjungi dan bertanya kabar
Adik-adik semua.
Hari ni resepi simple je dari kaknoor jom jamu mata lagi dan lagi...
BAHAN
1 peket kepingan daging/ayam ready made
Roti Peranchis secukupnya di potong tebal 1 inci atau sukahati lah
Keju mozarella secukupnya
Oregano atau parsley secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
PANASKAN oven 200'C
SUSUN roti peranchis dalam muffin tray dan susunkan dengan kepingan roti, terpulang kreativiti lah nak banyak ke sedikit setiap roti tu.
TABURKAN dengan cheese mozarella, kemudian oregano atau parsley dan serbuk lada hitam
BAKAR lebihkurang 8-10 minit sehingga keperangan
KEMUDIAN dimakan time panas- panas
Memang terangkat roti haha...
Kalau ada yang suka agak pedas boleh lah letak sedikit cili flakes di atas nya, lagi mengancam jiwa dan raga bila makan ni. Yang simple sememangnya sedap betul lah tu kan!!!
My Bruschetta Muffin Simple & Sedap
Reviewed by Unknown
on
May 08, 2015
Rating:
sedapnya
ReplyDeletePastinya anum cedapppp
Deleteguna roti yang keras tu ye kaknoor..acik dah cuba potugese tart tu kaknoor..tapi kulitnya tak berapa cantik jadinya..tebal sangat..tapi anak kata sedap
ReplyDeleteye acik roti peranchis yg panjang dalam 1 kaki lebih tu..
Deleteyeke acik dah try portugese egg tart tu, acik gelek kan tak bagi nipis, lagi nipis lagi best cepat masak dan ranggup
sabar...sabar...insyaAllah hari ni saya puasa..:)
ReplyDeletehari jumaat nani puasa apa tu sunat ke bayar heheee
Deletesimple dan menarik nih.. sedapnya Eyda tengok..
ReplyDeletesimple2 je eyda malas nak yg banyak songeh tu
Deletesedapnya kak noor...
ReplyDeletealhamdulillah lea boleh try yaaa
DeleteSedap buat bekpes ni...k.noor ni mmg kreatif la...;)
ReplyDeletealahai syifa biasa je pun mana nya kreatif nya tu
Deletenampak sedapp. nyummm :)
ReplyDeletepasti sedap ni nard tidak syak lagi
Deleteasalamualaikum kak. salam jumaat :-))
ReplyDeletemudahnya...apa2 pun kena beli tray muffin dulu...:-))
waalikmuslam yan
Deletekalau takde muffin tray boleh letak atas tray biasa saja yan, cuma dia takde lah berbentuk macam cawan muffin tu
salam jumaat k noor :)
ReplyDeletetgk gambar, ingatkan macam susahh je nak membuatnya..bila baca resepi, insyaAllah boleh kot saya (yg buta memasak ni) menerai nnti hehe
syahida, jgn la kata buta memasak, rasa nya kalau bruschetta ni siapa pun boleh buat kalau ada bahan tau traiiii tau
Deletedulu sy pernah buat tomato bruschetta,mmg syok makan...resipi kak noor ni mmg nampak sedap dan simple ..nak kena try la jugak nnt
ReplyDeletetomato bruschetta pun sedap jugak ayda, stok tomato tkde itu lah jadi nya apa yg ada kat umah
DeleteAs-Salam Kak Noor...saya tak faham ayat..'susunkan dengan kepingan roti'.macam mana ye..
ReplyDeletewaalikmuslam Su, sorry ya tersalah taip tu.."susunkan kepingan daging di atas roti" yang sebenarnya..
Deletebiasa lah kan kita ni manusia biasa je kan pasti ada salah dan silap
Roti ni kak zai suka selalu isi kan tuna aje. Nanti nak ikut cara noor pulak.
ReplyDeleteletak tuan pun ok kakzai, boleh variati kan apa yg kita nak dan mengikut stok kat rumah kita lah kan
DeleteRoti ni kak zai suka selalu isi kan tuna aje. Nanti nak ikut cara noor pulak.
ReplyDeleteboleh tambah koleksi menu.. thanks kak noor.. guna roti gardenia pun boleh kan..
ReplyDeleteboleh syida , gardenia pun boleh tu, nampak tak dlm gambar tu ada sekeping dua gardenia jugak sbb tak cukup roti peranchis tu terlebih daging, so korek2 gardenia nasib baik ada jugak haha
Deletesedapnya roti dgn isinya..mengenyangkan ni..
ReplyDeletecuci mata tgok makanan kat sini..cantik..
ReplyDelete