Carrot Cake Resepi Mat Gebu Yang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya.
Hari berganti hari sekejab saja berlalu, hari ni dah hari sabtu kan, happy weekend untuk semua nya.
Resepi pagi ni kaknoor nak kongsi ada lah carrot cake yang sedap, yang kaknoor intai dari blog 
Memang menepati citarasa kaknoor kek ni.  Jadi kalau ada yang nak try sila lah ya.
Untuk Cikmat izinkan kaknoor copy dan letak diblog usang kaknoor ni ya.
Untuk tatapan anak-anak dara kaknoor yang belum pandai masak dimasa akan datang.





BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.


Rasa kek ni memang sedap tapi rupa nya out lah sikit kan.
Janji sedap tak kisah lah tu memang habis punya.



Kek carrot ni memang moist dan lembut, walaupun kita baru kuarkan dari petiais tapi memang dah boleh makan, apa lagi kalau lama kat luar memang bertambah lembut tau!!



Ni yang mahai ni kan, nampak tak tangan makcik tukang masak ni, terer tak sebelah tangan pegang camera, sebelah lagi pegang kek hahaha, sorry ya jari becaq yang di show tu biasa lah jari orang buat kerja kan, mesti lah becaq banyak, bukan lagi becaq sikit tu hahaha..abaikan lah tengok kek tu saja lebih sedappp..


Carrot Cake Resepi Mat Gebu Yang Sedap Carrot Cake Resepi Mat Gebu Yang Sedap Reviewed by Unknown on May 09, 2015 Rating: 5

16 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. kak suka kek karot ni..sedap sgt.

    ReplyDelete
  3. tak rajin nak membaking.. selalu tak jadi saja..huhu.. terliur plak tgk..

    ReplyDelete
  4. oh yumm I would love a piece of that cake!

    ReplyDelete
  5. oh yumm I would love a piece of that cake!

    ReplyDelete
  6. Kak zai pernah buat carot kek tp versi lain. Nanti nak cuba yang ini pulak. Tq noor.

    ReplyDelete
  7. nampak sedapp sangat...pandai kak nor buat...

    ReplyDelete
  8. kek yang kat tangan tu ..suapkan kat mulut yan kak :-))

    ReplyDelete
  9. macam sedap jer.. tak pernah makan carrot cake lagi..

    ReplyDelete
  10. sedap macam kek ni, salam kenal je ibu. tengok jugelah recipe saye macam resep bolu kukus

    ReplyDelete
  11. K.nor klau x buh nanas ok tak...sb saya x suka nanas

    ReplyDelete
  12. Thank you mama...sha nao cuba buat..kalau jadi, sha bgtau....kalau x...sha bgtau gak. Heheheheeh

    ReplyDelete
  13. Thank you mama...sha nao cuba buat..kalau jadi, sha bgtau....kalau x...sha bgtau gak. Heheheheeh

    ReplyDelete