Telur Itik Lemak Cilipadi Berkantan


Selamat tengahari semua nya.
Hari ni ada masa terluang untuk mengupdate blog lagi.
Alhamdulillah semua nya dengan izin ALLAH jua kan.
Resepi ni lama dah teringin nak masak sebab belum terjumpa telur itik, suatu hari bila ke tamu, terpandang telur itik yang bukan masin ni, jadi dalam hati memang dah teringat nak buat masal lemak ni je, not sure kenapa orang selalu guna telur itik untuk masak lemak.
Mungkin sebab telur itik agak keras sikit kot hahaha agaknya lah....




Bahan nya
4 biji telur itik di bersihkan
5-6 tangkai daun selasih
2 cawan santan sederhana pekat
5 biji belimbing buluh
garam dan sedikit gula
sekuntum bunga kantan hiris


Bahan kisar
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
10 biji cilipadi nak lebih kurang terpulang selera sendiri


Cara nya
1.  Masukkan semua bahan tumbuk kedalam periuk dengan separuh daripada santan, bila dah mendidih masukkan belimbing, garam dan gula.
2.  Selalu kacau supaya tak pecah minyak.
3.  Masukkan santan lebihan, kacau rata sehingga mendidih, masukkan telur itik satu persatu.
4.  Kacau perlahan-lahan agar telur tak pecah, buatlah sehingga habis telur.
5.  Masukkan daun selasih dan bunga kantan bila telur dah agak mengeras.
6.  Sedia untuk dimakan bersama dengan nasi putih.




Kalau ada masak macam gini dah tentu nasi kena masak lebih, sebab nya tentu lah pasal sedapppp sangat kan, terpercaya boleh cuba nantii...

Telur Itik Lemak Cilipadi Berkantan Telur Itik Lemak Cilipadi Berkantan Reviewed by Unknown on May 05, 2015 Rating: 5

23 comments

  1. Hari ini kak zai makan berlaukkan gulai telur itik. Sedapnya bukan kepalang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kakzai awal nya dtg makan ni kan, tapi saya tak sempt nak jumpa dah balik hehehe, busy sngt hari ada cucu kat umah itulah jadi nya

      Delete
  2. plating tu pun dah buleh bukak selera luas2. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekeee Elis, tqvm ya sudi2 kan lah makan ya..

      Delete
  3. macam sedap jer masak lemak telur itik tu..

    p/s : dah selamat sampai hadiah dari kak noor.. nanti Eyda cuba resepi yang ada.. member opis siap mintak setem kat sampul surat yang kak noor bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan macam eyda tapi sngt sedap haha
      alhamdulillahhh akhir nya sampai jjugak kan, kirimsalam kt member ofis tu ya hahah

      Delete
  4. Kak Noor, masak lemak cili padi ikan keli/sembilang campur kantan pun sedap tau... Aroma kantan tu yang membangkitkan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan sembilang tkde lah sweetie, esuk2 boleh lah try kena gi mancing kot ni kan, baru dpt yg best punya

      Delete
  5. paling senang di makan dan sedap Nieza sbb tkde tulang

    ReplyDelete
  6. Sy teringin nk mkn telur itik masak lemak...tapi sy xleh nk telan..bila buat telur masin boleh pulak kan...adehhh...kak noor..kalau tukar telur itik ke telur ayam leh ke? Ke rasa dia jd len?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pernah buat guna telur ayam, tapi kan sedap lagi telur itik..hehe

      Delete
  7. assalamualaikum...

    kak noor... mmg lazat. selalu saya masak guna telur ayam je. hihihhi... boleh gitu ...

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah terliur lah! Saya pun tak tau kat mana nak cari telur itik. Kalau pakai telur masin boleh ke? Ala2 mcm buat lemak cili api ikan masin gitu...

    ReplyDelete
  9. bestlah dtg sini mak tok.. hehe.. dapat resepi yg simple2 dan boleh terus buat.. semalam kak noor share cek mek molek kan, pagi ni b/fast cek mek molek..hehe

    ReplyDelete
  10. terliurlah org kat sini...
    mana nak cari telur itik...

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak...terliur sudah.....

    ReplyDelete
  12. Namanya pun tangan pakar....masak apa pun mesti menjadi punya..... Tengok kat gambo pun udah menyelerakan sungguh

    ReplyDelete
  13. Telur itik lagi kenyal bila reheat banyak kali pun tak mudah pecah.
    Orang kata kalau buat kaya homemade pakai telur itik lagi sedap.
    Hai bila nak kutip telur itik bebanyak ni.

    ReplyDelete
  14. masakan negeri sembilan ni lomak cili api...memang antara favourite jugak bila dah boring makan ayam atau ikan...belimbing buluh memang pelengkap rasa,campur daun asam gelugor pun terangkat juga..sedap bila yolk dia tu macam separa masak..tekstur dia memang agak special berbanding telur ayam

    ReplyDelete