Kerang Rebus Air Asam
ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin untuk semua nya.
Menu simple nak di kongsi hari ni.
Hanya yang rebus-rebus tapi memikat selera.
Kebetulan masa ke pasar baru-baru ni terpandang kerang yang besar gabak ni.
Beli sikit je sebab mahaiiii hahaaha lagipun bos besaq tak suka kerang dengan anak lelaki, hanya berdua dengan anak perempuan je yang makan ni cukuplah sekilo kerang cicah air asam ni.
BAHAN AIR ASAM
2 biji tomato di hiris kecil panjang
6-7 biji cili padi di tumbuk
2 biji cili besar hiris
1/2 biji bawang besar hiris
3 biji limau diperah ambil air
sedikit belacan bakar
garam dan gula sedikit
CARA NYA
Gaulkan semua bahan tambahkan sedikit air, nak sedap gaul dengan tangan sambil di picit-picitkan tomato dan bawang biar lembut, kalau suka boleh tambah kerisik. Kalau tak suka lemak-lemak dah boleh dimakan air asam tu, sampingan nya boleh gorengkan kangkong yang di potong besar masak sekejab di atas api.
Alhamdulillah yang simple memang terbaik untuk kita, tak ambik masa yang panjang di dapur.
Kalau masak macam ni kurang dari 1/2 jam dah siap.
Selamat mencuba untuk semua nya.
Kerang Rebus Air Asam
Reviewed by Unknown
on
May 11, 2015
Rating:
Tang air asam tu yg mcm pembuka selera tu...;)
ReplyDeleteitu lah yg buat pelaris no 1 tu syifa kan
DeleteKecur air liur saya.cicak kuah kicap daun kesum pun ok juga
ReplyDeletesambal kicap boh daun kesom ke Nieda?? wahhh macam nak try lah
Deletebertambah-tambh nasi mkn kerang rebus noor ni..
ReplyDeletetidak syak lagi P kalau makan macam ni kalah kari rendang segala kan
Deleteair asam tuh yang buat tambah selera nak makan.. pagi-pagi dah tengok gambar makanan..
ReplyDeleteutk bagi inspirasi pad atukang masak ni Eyda maka nya kaknoor letak gambar makanan pagi2
Deleteitulah boleh mencetuskan idea untuk memasak bagi yang ketandusan idea nak masak kan..
Deletesedapnya kak...berkali2 saya telan air liur...huhuhu....
ReplyDeletemesti dah kenyang dgn air liur je ni Nieza kan hahaa
Deletesedapnyaaa.. teman memang suka kerang.. tapi sekarang tengah alah makanan gatal.. terpaksa diam2 dulu.. huhuhu
ReplyDeletetkpe tenku butang, dah hilang alahan nanti boleh lah try kerang ni lagi
Deletewahhh...peberet kami ni kak kerang rebus... terliurrr dah..hehehe
ReplyDeleteseafood mmg sedap Atie buat apa pun mmg terbaikkk
Deletedan2 lapaq ni
ReplyDeletekalau ada stok kerang dah boleh rebus ni Zai...
Deletealhamdulillah tenku butang kaknoor dah follow lama tu..
ReplyDeletesalam ukhwah jugak dari kaknoor
kerang jenis besar memang mahal kak..kat tempat yan 1 kg rm 8....dapatnya adalah 15 ketul...berat kulit
ReplyDeletesama jugak disini yan sekilo 4 dollar tapi tingin punya pasal beli lah sekilo je pun hehe
Deleteknoor, presentation mmg kelasss, 5bintang!
ReplyDeleteair asam tu feveret saya..kerang pulak, dah bertahun2 sy x makan sbb resdung. padahal ms kecik2 dulu, makan kerang ok je. bila makin senior ni, jd alergik pulakk huhu (nangess)
terimakasih Sya, wah dpt 5 ***** lagi ni terpengsan kejab kaknoor lah
Deletealolo kesian Sya nampaknya ramai yg gatal kat sini tak boleh makan kerang, kaknoor sorang ni membolot kerang tu hehee
sedaaaappppppp nye
ReplyDeletealhamdulillah Su sehingga menjilat jari tau..
DeleteTak sanggup nak gaul dengan tangan... mau dua hari jari jemari pijar. Apa-apa pun telan ayaq liuq je lah tengok gambar ni... skrg tak boleh makan kerang...
ReplyDeletekaknoor sejak ada Iman ni kalau buat sambal mesti cuci bersih2 tangan tu kalau tak mau menangis Iman kena bahang cili tu Sweetie..
Deletetak pernah sbelum ni cicah air asam tentu lebih sedap .tapi dah jarang beli kerang ,anak2 ada alahan ...tengok gambar ni je lah
ReplyDeletebetul tu Saniah kita ni kalau anak2 tk makan mesti kita pun turut tak makan jugak sanggup berkorban ibubapa ni kan
DeleteTerliur kak zai dibuatnya. Lama tak makan kerang kat pasar pun tak banyak jual, kononnya tercemar.
ReplyDeletekat sini alhamdulillah so far so good kakzai kerang masih ok dimakan..
Deleteamboi...mmg nampak menyelerakan...dah lama x pekena kerang rebus...tengok gambar kak noor ni...terus rasa nk makan jer
ReplyDeletegambar tu terancam dan mengancam ke nOe heeee
Deletewalaupun simple tapi menyelerakan....bertambah nasi ni dibuatnyer..
ReplyDeleteitulah kan Bunda susah nya jadi orang dapur masak simple pun nasik tetap lariss jugak tak tau lah nak buat cemana lagi
Deletetak boleh nak makan kerang sangat..gatal.. :D
ReplyDeletememang syida kuat pantang kan, kaknoor pantang tengok je ni hahaa
DeleteWah ini sekilo boleh habis sorang.
ReplyDeletemmg peminat tegar ni kan diana kalau sekilo sorang ni
Deletesalam singgah.. sedap tu..
ReplyDeleteterimakasih dear HH alhamdulillah dah langsai dah heee
ReplyDeleteFuhhh! Cicah dgn air asam. Ini makan sorang2 boleh habis sekejap je ni.
ReplyDeleteAduhai, meleleh air liur saya, kak! Sedapnya. Saya ni pencinta kerang rebus dan kerang bakar. Kalau tengah makan kerang, suami minta apa pun saya buat dunno jerk! Tapi kalau dah berhias begini cantik, sayang pulak saya nak makan. Rasa macam nak frozenkan jerk ~_^
ReplyDeletedah lama xmakan kerang...sedapnyeeee
ReplyDeleteoooooi tergoda =P hahaha.. CT makan kerang ikut mood..
ReplyDeletetapi CT suka makan yg ada cicah air asam.. hehehe..
gemok nyaa kerang..
sambil baca sambil telan air liur
ReplyDelete