Terimkasih Silent Reader Yang Bawa Belutak & Bunga Ni.


 Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua adik-adik blogger dan silent reader kaknoor ya.
Semalam ada customer aka silent reader kak Noor yang datang mengambil karipap pusing dan membawa ole-ole ni kepada kaknoor.  Sebenarnya kaknoor walaupun dah hampir 30 tahun duduk kat Brunei tapi belum pernah makan "belutak" ni sejenis daging yang rasa nya  di perapkan dengan rempah-rempah yang sedap dimakan tapi kena lah goreng dulu.  Alhamdulillah dan terimakasih untuk Hjh Denah yang sudi menempah karipap pusing, kemudian memperkenalkan kaknoor dengan makanan orang Brunei belutak ni.Esuk-esuk mesti nak beli lagi kat supermarket belutak ni SEDAPPP....

 

Hjh Denah jugak memberikan kaknoor pokok bunga ni, kalau tak silap kaknoor pokok bunga kemboja merah kot, kita tengok lah bila besar nanti, dan terus ditanam tak tunggu lama-lama untuk menanam.

 

Ini lah hasil belutak di goreng tu, tak banyak benda pun hanya hiris kan belutak ni kecil, tumiskan bawang besar dan cili besar atau cili padi, masukkan belutak ni, goreng lah sampai agak masak. Kak noor letak sedikit air asam jawa untuk rasa masam masin nya tu.

 
Memang sedap di makan dengan nasi putih atau nasi tumis ke terpulang selera masing-masing lah.
Tak kenal maka tak cinta kan, memang sedap anak-anak pun suka.
Terimakasih lagi sekali pada Hjh Denah ya yg kenalkan kaknoor dengan belutak ni, kalau sudi komen-komen lah kat sini ya hehee...


Terimkasih Silent Reader Yang Bawa Belutak & Bunga Ni. Terimkasih Silent Reader Yang Bawa Belutak & Bunga Ni. Reviewed by Unknown on May 14, 2015 Rating: 5

30 comments

  1. Kakak baru kali pertama dengar belutak ni KakNoor
    Kalau daging sudah berempah dah tu KakNoor oleh lagi mestilah tambah sedap

    Bunga kemboja kalau dah mula berbunga biasanya tak berhenti sentiasa ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun sama jugak kakzakie tapi mmg sedappp mungkin sbb rempahan yg di perap dlm daging tu kot
      mudahan bunga kemboja tu cepat berbunga kakzakie ya

      Delete
  2. sedapnye...bilelah nak sampai ke Brunei ni.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak dtg brunei calling2 tau erny boleh makan belutak ni hehe

      Delete
  3. Apa rasanya Belutak tu kak Noor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa masin manis pedas kaknoor campur jadi nya tambah masam2 sikit lah mmg sedap dalam belutak ni bukannya daging saja, rasa nya di campur dgn urat2 dan daging jugak jadi rasa nya macam kenyal2 sikit nieda

      Delete
  4. Slm kak. Saya baru brpindah ke Brunei. Pernah nmpk daging ni dijual di pasaraya sini. Tp blum trgerak utk membelinya. Adakah rasanya seperti burger atau lebih sedap lg? InshaaAllah bolehlah belajar olah2 resepi nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallikmuusalam su, kat mana su tinggal kat brunei ni.kalau tak jauh dri umah akak boleh lah jumpa kan..
      mmg selalu nampak kt supermarket tapi tak beli macam geli je tengok sbb tak tau, tapi bila di masak rupa nya sedappp

      Delete
  5. first time dengar belutak...kalau dipanggang mesti sedap juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nohas, next time nak panggang pulak daripada goreng je kan mesti lebih sedap lagi

      Delete
  6. 1st time saya dengar "Belutak" ni kaknoor..
    Tengok macam sedap jer..
    Dah ready made ye kaknoor..
    Tinggal utk digoreng ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah yatie, dah ready made mmg senang je boleh goreng dan buat nasi goreng pun sedapppp kabar nya tau

      Delete
  7. first taim dengar kak... tu le tengok cam sedap aje.. cam ala2 bacon org putih tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mayang macam bacon omputih tapi ni versi melayu punya campur rempah2 segala

      Delete
  8. mula-mula baca belatuk...dok ingat burung belatuklah kita pun...rupanya belutak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha diana bukan belatuk tapi belutak lah makanan bah...

      Delete
  9. First time kak zai dengar belutak tentu sedap rasa dia kan noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang asing sikit nama belutak ni tapi rasa nya memang sedap kakzai..

      Delete
  10. Assalamualaikum Kak Noor, tengok dari gambar di atas itu bentuk macam sosage yang menjadi makanan orang barat. Daging dihancur dan dicampur dengan rempah atau begitu sahaja kemudian dimasukan ke dalam tube atau dalam package seperti dalam gambar tu. Mak Long biasa beli dari pasar daging halal di tempat Mak Long tinggal. Suami gemar kalau sosage itu dipotong kecil kemudian digoreng tanpa minyak campur telor untuk sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam maklong, lebih kurang lah kot ni sosej versi brunei, mungkin lebih sedap goreng tanpa minyk kalau kita guna kuali tak melekat mesti lebih sihat dan sedap..

      Delete
  11. asalamualaikum kak noor :-))

    singgah jup umah akak....malam2 nie

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    1st time singgah dan menjenguk. .tak pernah dengar belutak... macam best je. Akak memang orang brunei ke? Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  13. first time tengok dan dengar.. tengok pun dah nampak sedap, itu belum rasa lagi..

    ReplyDelete
  14. ohh pertama kali dengar perkataan belutak..kompem sedap!

    ReplyDelete
  15. belutak tu ada di brunei je....kak noor rekomen kan org brunei utk JM..leh rasa kan belutak tu hihihi

    ReplyDelete
  16. tak pernah dgr tp mcm nak rasa.. bak sikit kak noor.. hehe

    ReplyDelete